|
MAJLIS PELANCARAN SETEM 100 TAHUN KEPENGAKAPAN DI MALAYSIA
Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persekutuan pengakap Malaysia akan menyambut 100 tahun Kepengakapan di Malaysia. Lanjutan daripada itu Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia akan mengadakan majlis pelancaran setem 100 tahun Kepengakapan di Malaysia pada:-
Tarikh : 14 Ogos 2008 (Khamis) Tempat : Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia Jalan Hang Jebat 50150 Kuala Lumpur. Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang.
Bagi makluman, YB / YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’/ Tuan / Puan, Majlis Pelancaran dijangka akan dirasmikan oleh YB Menteri Penerangan Malaysia pada jam 10.30 pagi pada tarikh dan tempat yang dimaklumkan di atas.
Sehubungan itu, YB / YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’/ Tuan / Puan dijemput hadir pada majlis pelancaran majlis.
Dipohon kerjasama dan bantuan YBhg. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri/Pesuruhjaya Pengakap Negeri, agar dapat menghebahkan perkara ini kepada pemimpin di daerah dan kumpulan agar ahli-ahli dan mereka semua bolehlah mendapatkan setem, sampul surat hari pertama dan folder di tempat yang dinyatakan di atas atau di mana-mana Pejabat Pos di tempat/daerah masing-masing pada tarikh yang berkenaan.
|
|
|