|
UCAPAN PESURUHJAYA NEGERI SEMASA MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN 2005/2006 PADA 18 NOVEMBER 2007 |
|
Tanggungjawab kepengakapan tidak mencukupi dengan pencapaian ramai pemimpin yang mendapat manikayu, ramai pengakap remaja mendapat pengakap Raja, ramai pengakap muda mendapat rambu muda dan ramai yang mendapat rambu pengakap kanak-kanak. Sebaliknya tanggungjawab social kita haruslah merangkumi aktiviti-aktiviti yang melibatkan alam sekitar,perkhidmatan kepada mangsa bencana alam, perpaduan rakyat, membantu OKU, membantu mengurangkan kehilangan kanak-kanak,penganinyaan, membasmi jenayah, penyalahangunaan dadah, menyertai aktiviti kemasyarakatan dan mengurangkan kesusahan warga emas, pengakap-pengakap juga boleh mengurangkan rempit. Kerajaan mengambil tindakan lebih tegas untuk memperomosikan kempen “Tak Nak Merokok” ke sekolah-sekolah dengan langkah awal mencegah murid menjadi perokok tegar. Kita pengakap harus mengadakan berbagai program bagi membantu kerajaan dalam kempen ini. Pegawai-pegawai dan pemimpin pengakap wajib menunjukkan tauladan. Pengakap menjalankan aktiviti pendidikan di luar bilik darjah, dengan cara ini boleh membantu bagi meningkatkan motivasi diri agar lebih berkeyakinan dan berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam akademik.Dengan menyertai pergerakan pengakap dapat membantu untuk mewujudkan insan yang berkualiti dengan minda kelas pertama serta berakhlak yang baik supaya masyarakat akan datang mendapat hidup dalam keadaan aman damai. Dua agenda penting pembangunan Negara, Modal insan dan Nilai Tambah akan tercapai. Rakaman terima kasih kepada semua ahli yang telah bersama membantu untuk kemajuan pengakap Kelantan sebagaimana yang wujud seperti hari ini.
|
|
|