Kursus Ketua Enam Sekawan & Ketua Patrol 2010  Daerah Pasir Mas Pada 25 hingga 27 Mac 2010 Di Kem Panglima Pusu 40


Satu lawatan kerja Unit Siber / Media Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kelantan yang diwakili En. Gan Gin Bing PIPN siber dan ahli-ahlinya pada 26 Mac 2010 jam 5.30 hingga 7.30 petang  semperna Kursus Ketua Enam Sekawan & Ketua Patrol yang bertempat di  Kem Panglima Pusu 40 Daerah Pasir Mas diadakan. Matlamat lawatan ini ialah mengeratkan perhubungan diantara negeri dan daerah ( kursusnya unit siber/media ) dan mempercepatkan penyebaran maklumat aktiviti kepengakapan di negeri ini.

Seramai 140 orang peserta dengan penyertaan 11 buah Sekolah Menegah seramai 46 orang  dan 35 buah Sekolah Rendah seramai 140 orang peserta telah menyertai Kursus Ketua Sekawan & Ketua Patrol 2010 Daerah Pasir Mas yang di adakan di Kem Panglima Pusu 40 pada 25 hingga 27 Mac 2010. Manakala Jurulatih pada kali ini seramai 28 orang.