Kursus Ketua Sekawan & Ketua Patrol 2010  Daerah Tumpat Pada 25 hingga 27 Mac 2010 Di Kem Kok Keli


Satu lawatan kerja Unit Siber / Media Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kelantan yang diwakili En. Gan Gin Bing PIPN siber dan ahli-ahlinya pada 26 Mac 2010 jam 2.50 hingga 4.55 petang  semperna Kursus Ketua Sekawan & Ketua Patrol yang bertempat di  Kem Kok Keli Daerah Tumpat diadakan. Matlamat lawatan ini ialah mengeratkan perhubungan diantara negeri dan daerah ( kursusnya unit siber/media ) dan mempercepatkan penyebaran maklumat aktiviti kepengakapan di negeri ini.

Seramai 579 orang peserta dengan penyertaan 10 buah Sekolah Menegah seramai ( Lelaki  85 orang ), ( Perempuan 49 orang ) dan 30 buah Sekolah Rendah seramai ( Lelaki 283 orang) , ( Perempuan 162 orang) peserta telah menyertai Kursus Ketua Sekawan & Ketua Patrol 2010 Daerah Tumpat yang di adakan di Kem Kok Keli pada 25 hingga 27 Mac 2010. Manakala Jurulatih pada kali ini seramai 31 orang.