Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan 2010


 

Seramai 35 orang pegawai termasuk Pesurujaya Pengakap Negeri, Penolong-Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negeri, dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Pengakap Daerah dari seluruh negeri Kelantan hadir di Dewan Darulnaim Kem Kijang pada pukul 3.00 petang untuk menghadiri Mesyuarat Majlis  Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan .

Mesyuarat pada kali ini meluluskan beberapa perkara penting termasuk 1) Pengesahan pelantikan PPN, PIPN dan Pesuruhjaya Daerah. 2)Tugas-tugas PPN, PIPN dan Pesuruhjaya Daerah. 3) Aktiviti PPM Negeri Kelantan tahun 2010. 4) Jambori Budaya, Padang, Indonesia. 5) Jambori Dunia Sweden 2011. 6) Dan hal-hal lain.

Mesyuarat kali ini berakhir dengan penyerahan Sijil Pendaftaran Koperasi Pengakap Kelantan ( KPK ) oleh PIPN Koperasi Tuan Hj. Mohd Anwar bin Abd. Rahman kepada  Pesuruhjaya Pengakap Negeri Tuan Shaikh Fadillah bin Shaikh Harun .

 
   
         
   
         
   
         
   
         
   
         
   
         
   
         
   
         
   
         
 

Muka Depan