|
Penubuhan Muzium Pengakap Negeri Kelantan
Penubuhan sebuah Muzium
Pengakap Negeri Kelantan sudah lama difikirkan oleh beberapa orang Tokoh
Pengakap Negeri Kelantan kerana memandangkan betapa perlunya sebuah
muzium dibina untuk menyimpan pelbagai jenis peralatan pengakap dan
barang-barang pengakap yang sangat berharga yang berada di merata tempat
sejak beberapa lama seperti di kawasan Kem Kijang, dalam simpanan orang
perseorangan, di beberapa buah muzium di luar negeri dan juga di BP
House di Kuala Lumpur. Diharapkan dengan tertubuhnya sebuah Muzium
Pengakap Kelantan akan menjadi satu kenangan tentang kegiatan pengakap
yang sudah pun lama wujud di negeri ini untuk tatapan semua golongan
masyarakat terutama kepada pengakap dari berbagai kumpulan yang ada di
Kelantan dan di luar Kelantan.
Idea penubuhan Muzium
Pengakap Negeri Kelantan adalah ekoran dari penubuhan Pustazium Pengakap
Negeri Kelantan yang diilham oleh Tuan Haji Nawi bin Haji Othman,
Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan. Kemudian Pustazium itu
dinaiktarafkan kepada Muzium Pengakap Negeri Kelantan sebagaimana yang
dicadang oleh Tuan Haji Salleh bin Haji Mohd.Akib, seorang tokoh
pengakap yang terkenal di Kelantan. Oleh kerana selepas bersara dari
jawatannya sebagai pegawai kerajaan beliau bertugas pula dengan Muzium
Negeri Kelantan, maka rancangan untuk membina sebuah Muzium Pengakap
mula dirancangkan oleh beliau. Inisiatif beliau itu mendapat kerjasama
dari beberapa tokoh pengakap lain untuk mewujudkan sebuah Muzium
Pengakap Kelantan, antara mereka ialah :
-
Tuan Haji Nawi bin
Haji Othman
-
Tuan Haji Wan
Zakaria bin Haji Wan Ismail
-
Tuan Haji Hassan
bin Mohd. Amin.
-
Tuan Haji Hassan
bin Haji Hussin
-
Tuan Haji Nik
Muhammad Arifin bin Wan Othman.
-
Tuan Haji Mohd.
Hanif bin Ali.
-
Tuan Haji Mahmood
bin Mohamed.
-
Encik Abdullah bin
Ishak
Tujuan Penubuhan
Muzium Pengakap Negeri Kelantan :
-
Mengumpul semua
bahan sejarah pengakap yang boleh didapati seperti bahan perkhemahan
pengakap, pakaian pengakap, peralatan pengakap dan lain-lain kerana
sebelum Muzium Pengakap Kelantan dibina bahannya berada di merata
tempat.
-
Mendedah kepada
masyarakat umum tentang pergerakan pengakap sebagai satu pendidikan
informal melalui kegiatan kokurikulum di semua peringkat sekolah.
-
Mengekalkan ilmu
kepengakapan agar tidak terhakis atau lupus.
-
mendedahkan kepada
umum bahawa pengakap bertujuan untuk membentuk anak watan supaya
berwibawa, berdedikasi, berdikari dan sedia berkhidmat kepada agama,
bangsa dan Negara tanpa memilih waktu dan tempat.
Bahan Sejarah
Pengakap Yang Dipamerkan :
-
Gambar pembesar
pengakap sejak dari dulu hingga ke masa kini.
-
Gambar peristiwa
jambori pengakap peringkat negeri Kelantan.
-
Gambar peristiwa
jambori pengakap peringkat kebangsaan dan luar Negara.
-
Gambar aktiviti
pengakap yang diadakan di Kem Kijang dan di peringkat daerah.
-
Pakaian pengakap
dari masa ke semasa.
-
Buku pendaftaran
pengakap.
-
Lencana pengakap
yang terdiri daripada berbagai jenis.
-
Skaf pengakap bagi
pasukan pengakap dan juga kursus yang diadakan.
-
Cenderamata yang
diterima dari berbagai pihak.
-
Bintang Anugerah
Ketua Pengakap Negara.
-
Buku Log Pengakap
Muda dan Pengakap Remaja.
-
Tesis pengakap
terutama yang ditulis oleh bakal pemimpin pengakap.
-
Buku pengakap.
-
Tokoh-tokoh
Pengakap dari :
14.1
Majlis
Pengakap Negeri-Negeri di Malaysia.
14.2
Majlis
Pengakap Negeri Kelantan.
14.3
Majlis
Pengakap Malaysia
14.4
Biro
Pengakap Dunia ( WOSM )
-
Carta Organisasi :
15.1
Pengakap Dunia
15.2
Pengakap Rantau Asia Pasifik
15.3
Pengakap Malaysia
15.4
Pengakap Negeri Kelantan
15.5
Pengakap Daerah-daerah di Negeri Kelantan.
-
Pengakap dan
masyarakat kini.
-
Sejarah kem-kem
Pengakap.
-
Anugerah Pengakap.
-
Anugerah dari
Kerajaan Persekutuan.
-
Anugerah dari
Kerajaan Negeri.
Pada setiap tahun jumlah
pelawat yang melawat Muzium Pengakap Negeri Kelantan di Kem Kijang
dianggarkan seramai kira-kira 10,000 orang. Pelawat tersebut terdiri
daripada ahli pengakap sendiri dan juga peminpinya serta orang yang
berminat yang terdiri daripada berbagai lapisan masyarakat. Adalah
diharap pada masa akan datang, bahan yang dipamerkan dalam Muzium
Pengakap akan bertambah bilangannya dari semasa ke semasa terutama bahan
pengakap yang ada dalam simpanan beberapa orang tokoh pengakap. Orang -
orang perseorangan atau badan - badan yang ada menyimpan bahan- bahan
pengakap bolehlah mendermakannya kepada muzium ini. Nama penderma akan
dicatatkan dan bahan - bahan yang diderma akan disimpan di muzium ini
dengan selamat . |