|
SEJARAH KEM KIJANG |
|
Sejarah Kem Kijang Kem Kijang terletak di Daerah Badang kira-kira 8 kilometer dari Pusat Bandar Kota Bharu. Kem tersebut di rasmikan pada bulan Ogos 1953 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Al Marhum Sultan Muhammad ke IV. Al - Sultan Kelantan pada masa itu. Tapak Kem Kijang ini adalah anugerah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan, iaitu Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad ke IV dan didaftarkan atas nama Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. Pada mulanya ia terdiri dari tiga lot tanah dalam mukim Badang dengan jumlah keluasanya lebih kurang 27 ekar pada tahun 1957. Kemudianya keluasan Kem ini bertambah menjadi lebih kurang 31 ekar pada tahun 1974. Bagi menyambut ulang tahun ke 25 tertubuhnya Pergerakan Pengakap Negeri Kelantan, satu Champoree Pengakap telah diadakan di Kem ini pada 14 hb. 17 hb. Ogos 1953. Perhimpunan itu telah dihadiri oleh lebih kurang 500 peserta yang terdiri dari ahli pengakap dan pemimpin-pemimpin yang datang dari negeri negeri Tanah Melayu dan Singapura. Champoree ini merupakan Champoree Pengakap terbesar yang pertama kali diadakan di luar Kuala Lumpur. |
||
|
Lord Rowallan, Pengakap Agong bagi Negeri-Negeri Commonwealth British telah melawat perkhemahan ini dalam tahun 1954 dan meninggalkan kesan Tapak Kakinya di situ dan beliau juga telah menaman sepohon pokok BP. Beliau juga memuji keindahan kawasan perkhemahan ini Kalau di England mengadakan seluruh kem yang indah dan lengkap seperti kem ini akan memakan belanja beratus-ratus pound .
|
![]() Lord Rowallan melawat Kem Kijang pada 9 11 1954 |
|
|
Semenjak tahun 1955 Kem ini telah dijadikan sebuah dari empat buah Pusat Latihan Negara bagi tempat melatih pemimpin-pemimpin Pengakap seluruh Malaysia. Beberapa kursus Woodbadge dan kursus permulaan woodbadge bagi pemimpin pengakap dan pasukan Anak Serigala telah dilangsung di kem ini pada tiap-tiap tahun. Sehingga tahun 1969 kira-kira 1,500 ketua-ketua dan pemimpin- pemimpin pengakap dan pengakap kanak-kanak telah tamat kursus-kursus beberapa peringkat di kem ini. |
||
|
Peserta-peserta Kursus P.T.C Pertama di Kem Kijang pada tahun 1956
Peserta peserta kursus Pentadbiran Pengakap Kelantan di Kem Kijang pada 13 6 1968 |
||
|
Dalam bulan Ogos 1965 satu perhimpunan Pengakap Kelana seluruh Malaysia telah diadakan di sini. Para peserta terdiri dari : 120 Kelana dari Malaysia. 19 Kelana dari Thailand. 59 Pegawai-pegawai dan pasukan pekerja. Beberapa orang pegawai pengakap sedunia bahagian Timur Jauh, pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat Malaysia memuji kejayaan tema perhimpunan MUHIBBAH .Peserta dari Thailand kemudiannya telah membuat komen dalam satu suratnya : Sungguh pun saya terlewat menulis kepada tuan, tetapi ingatan dan perasaan sukacita dan gembira dalam berpengakap yang kami rasai dalam perhimpunan Kelana tuan itu, masih terbayang-bayang di mata dan terkenang-kenang di hati saya dan saya percaya begitulah juga dalam ingatan seluruh pemimpin-pemimpin pengakap Thailand yang menghadiri perhimpunan tersebut . Kem Kijang boleh dianggap kem Pengakap terbesar dalam negara. Kata Timbalan Pengakap Agong Malaysia, Datuk Syed Isa Alwee, dalam satu lawatan ke Kem tersebut pada tahun 1969 dan mensifatkan Kem Kijang sebagai sebuah Universiti atau pusat pengajian yang mengeluarkan ramai pemimpin-pemimpin pengakap yang baik dan berkebolehan. Kenyataan Pembinaan Ibu Pejabat ( Troop Room ) ~ Dibina pada tahun 1953 dengan belanja Persekuan Budak-Budak Pengakap PTM. Rover Den ~ Dibina pada tahun 1953 oleh Pasukan Rover Kota Bharu yang ke 2 Pondok Sheik ~ Dibina pada tahun 1953, hadiah daripada Tuan A.G. Shaik, tuan punya Kilang Mancis Kelantan. Pondok Bang ~ Dibina pada tahun 1953, hadiah dari Tuan Haji Yusoff Bang, Pergau Ulu Kelantan. Pondok Churchill ~ Dibina pada tahun 1953, hadiah dari Tuan H.L. Wrigglesworth, JP. Kota Bharu. Churchill ialah bekas Penasihat British di Kelantan sewaktu meletus perang dunia ke 2. Pondok Gomari ~ Dibina dalam tahun 1953, hadiah dari Tuan Capt. Stock, Pengurus Bank Mercantile Kota Bharu. Gomari ialah seorang pendermawan peladang Inggeris di Kota Bharu sebelum perang dunia ke-2. Pondok Tenaga Setia ~ Dibina dalam tahun 1953 hadiah dari Syarikat Pemborong Melayu Tenaga Setia Surau ~ Dibina dalam tahun 1964, hadiah dari Kerajaan Negeri Kelantan. Pondok Dato Shaik ~ Dibina pada tahun 1965, hadiah daripada Dato A.G. Shaik, tuan punya Kilang Mancis Kelantan. Pondok Lion ~ Dibina dalam tahun 1965 hadiah dari pertubuhan Club Lion cawangan Kota Bharu. Pondok Kelana Mas ~ Dibina dalam tahun 1965 oleh pasukan Kelana Mas, Pasir Mas. Pondok Kota Bharu ~ Dibina dalam tahun 1967 oleh Persekutuan Pengakap Tempatan Kota Bharu. Pondok Bachok ~ Dibina dalam tahun 1967 oleh Persekutuan Pengakap Tempatan Bachok. Pondok Pasir Puteh ~ Dibina dalam tahun 1967 oleh Persekutuan Pengakap Tempatan Pasir Puteh. Pondok Machang ~ Dibina dalam tahun 1967 oleh Persekutuan Pengakap Tempatan Machang. Pondok Tanah Merah ~ Dibina dalam tahun 1967 oleh Persekutuan Pengakap Tempatan Tanah Merah. Pondok Kuala Krai ~ Dibina dalam tahun 1967 oleh Persekutuan Pengakap Tempatan Ulu Kelantan. Pondok Tumpat ~ Dibina dalam tahun 1967 oleh Pengakap Tempatan Tumpat.. Pondok MTC ~ Dibina dalam tahun 1968 oleh Sayarikat MTC. Pondok Jamboree ~ Dibina dalam tahun 1967 oleh Kontinjen Kelantan Jamboree Malaysia I 1966 Pondok Kelana Bakty ~ Dibina dalam tahun 1968 oleh Kelana Bakty Kota Bharu. Pentas Arena ~ Dibina dalam tahun 1968 oleh Persekutuan Tempatan Pasir Mas. MEMORIAL ~ Rover Moot Kebangsaan I 1965 MEMORIAL ~ Perkhemahan Badan - Badan Berunifom Negeri Kelantan ~ 1997
|
||