|
LOKASI KEM KOK KELI |
|
Kem Kok Keli berada di jajahan Daerah Tumpat, lokasi sebenarnya terletak lebih kurang 15 kilometer dari Pusat Bandar Kota Bharu. Untuk sampai ke Kem tersebut dari Bandar Kota Bharu, seseorang itu boleh menaiki kenderaan melintasi Jambatan Sultan Yahya Petra menuju pusingan Wakaf Baru kemudian menghala ke Utara iaitu ke Palekbang seterusnya ke Sungai Pinang. Dari Sungai Pinang perjalanan menghala ke barat dan terus sampai di lokasi tidak lama kemudian. Kepada sesiapa yang ingin datang ke Kem tersebut dengan keretapi dari negeri lain, mereka boleh turun di stesyen Tumpat, iaitu stesyen terakhir keretapi ke Pantai Timur kemudian mengambil kenderaan menghala ke Kem tersebut, perjalanan lebih kurang 6 kilometer dari stesyen keretapi.
|
|
|
|
|