Program Latihan Kepimpinan Dewasa


Latihan Kepimpinan Dewasa 

Kaedah bagi menjayakan matlamat Persekutuan Pengakap Malaysia ialah dengan menyediakan satu skim yang menarik dan meriangkan dalam latihan yang progresif, berdasarkan kepada Persetian dan Undang – Undang Pengakap dan dengan panduan Kepimpinan Dewasa.

 Untuk kejayaan sasaran ini, merupakan satu skim latihan yang luas-Latihan Kepimpinan Manikayu disediakan kepada Pemimpin Dewasa. Ia bertujuan untuk membangunkan kemampuan dan kemahiran yang perlu bagi pemimpin dalam melaksanakan Program Pengakap yang mana merangkumi kemahiran Pembangunan Sahsiah untuk membantu Pemimpin dalam menjalankan kaedah Pengakapan dan menyumbangkan cara yang maksima kepada Pembangunan diri muda-remaja.

 Terdapat lima peringkat dalam Skim Latihan Kepimpinan Manikayu :

 Peringkat Pengenalan :  Penerangan

~   Penerangan kepada dasar Pengakapan. ( kursus selama 8 jam )

 Peringkat 1 :   Latihan Asas

~   Penghuraian ke atas ciri-ciri sesuatu unit, teknik perjumpaan unit dan kaedah latihan.

~  ( Dijalankan secara berkhemah selama 3 hari 2 malam. )

 Peringkat 2:   Latihan Sokongan Perseorangan

~   Latihan dalam perkhidmatan di kumpulan masing-masing ( selama 3 Bulan )

 Peringkat 3  :  Latihan Lanjutan

~   Satu peluang untuk mengenal pasti dengan mendalam peranan mereka dan keperluan kepimpinan dalam unit mereka dan untuk mengesan pengukuhan ke atas perlaksanan amali.

~   Dijalankan secara 2 bahagian mengikut unit. Bahagian 1 unit PKK / PM / PR / PK dijalankan secara berkhemah selama 3 hari 2 malam,  Dan di bahagian 2 pula unit PKK  harus berkhemah selama 3 hari 2 malam dan unit PM / PR / PK pula dijalankan secara berkhemah 4 hari 3 malam.

 Peringkat 4:  Perlaksanaan dan penilaian

~    Tugasan amali dibentuk untuk memberi pulang kepada Peminpin Pelatih sebagai suatu bahagian latihan idea dan pembelajaran kendiri semasa latihan.

 ~    Penilai peribadi dan kritikal terhadap perlaksanaan dan keberkesanan pemimpin dalam latihan sebagai Pemimpin Unit berdasarkan kepada kemampuannya melaksanakan cara yang praktikal, latihan ini mencapai kejayaan dalam pelbagai peringkat latihan dewasa.

 

 


Muka Depan