|
UNTUK MENDAPATKAN LENCANA MAJU |
|
|
Lencana MajuCITA-CITA PENGKAP 1. Mengetahui organisasi Majlis Pengakap Daerah, Majlis Pengakap Negeri dan Persekutuan Pengakap Malaysia. 2. Mengecam dan melukis bendera semua negeri di Malaysia. 3. Mengenali dan mengetahui nama penuh Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Daerah dan Penolong Pesuruhjaya Daerah sendiri. 4. Menghafal dan menerangkan erti kesemua "Undang-undang Pengakap".
1. Mengetahui Latihan Asas Perbarisan: Luruskan Barisan, Cepat Jalan, Hentak Kaki, Berhenti, BelokKanan, Belok Kiri, Tukar Langkah dan Perlahan Jalan 2. Melanjutkan latihan Kawad Tongkat: Rusuk Tongkat, Turun Tongkat,Jinjit Tongkat,Julang Tongkat dan Bimbit Tongkat. 3. Memahami serta menunjukan dengan jayanya Upacara Mengibarkan Bendera serta Upacara Menurunkan Bendera. 4. Melaksanakan aktiviti berikut: (a) Panjat tali
setinggi 3 meter
1. Menerangkan kegunaan dan cara menjaga, mengasah dan menyimpan kapak, kapak penebang dan gergaji dan langkah keselamatan. 2. Mengetahui teknik menebang, merincih pokok, memotong ketungan pokok dan menyusun ketungan kayu. 3. Menunjuk cara membuat simpulan dan ikatan berikut serta mengetahui kegunaan tiap satunya:-
4. Memasak makanan secara rimba (backwood's) berikut:- nasi, telur, ubi kentang, ubi kayu dan roti lilit (twist). 5. Menyiapkan satu model projek merintis (pioneering project) dalam lingkungan tidak melebih 1 meter tinggi / panjang. 6. Membuat kajian mengenai perkara berikut:- (a) 6 jenis burung tempatan, 6 jenis binatang tempatan dan 6 jenispokok tempatan. (b) (i) Lawatan ke satu bangunan penting atan ke kawasan penempatan dan membuat laporan mengenainya; (b) (ii) Menceritakan sejarah dan kepentingan suatu kawasan kecil berhampiran rumab sendiri, misalnya: mengikut sejauh satu kilometer sungai atau parit dan membuat satu peta ukuran besar menunjukkan tempat-tempat yang penting. 7. Berkhemah serta tidur kurang daripada 5 malam dan menyediakan rekod perkhemahan tersebut di dalam Buku Log. 8. Berenang 30 meter ATAU Mengetahui langkah keselamatan berenang dan melakukan teknikmenyelarnatkan mangsa lemas dengan menggunakan tali penyelamat atau sebarang benda yang dapat digunakan semasa kecemasan. 9. Faham akan langkah keselamatan yang mesti diambil sebelum melakukan kegiatan kerja luar seperti berkhemah, mengembara dan sebagainya. 1O. Melalukan mana-mana dua perkara berikut:- (a) Memasang dan menggunakan dapur gas, lampu gas atau dapur minyak tanah. (b) Menyenaraikan barang-barang keperluan berkhemah untuk satu patrol bagi jangka masa satu hujung minggu. (c) Memasak makanan untuk dua orang.
1. Mengetahui sekurang-kurangnya DUA jenis kompas dan tahu cara membaca bearing. 2. Menerangkan sistem kontor dan memberi serta mengesan rujukan grid dalam peta tepo. Tahu menggunakan skil dan kunci peta. 3. Berjalan kaki sejauh 8 kilometer di darat atau berjalan mengikut taliair atau berbasikal tidak kurang dari 10 kilometer dan berkhemah bersama dua orang Pengakap lain yang sebaya dengannya. Membuat laporan bertulis mengenai perjalanan itu dalam Buku Log mengikut format yang di tentukan. 4. Mengetahui alatan khas yang digunakan untuk ‘ abseil’ ( rappel ) dan memahami langkah keselamatan untuk aktiviti tersebut. Memahami ‘ belay-system ‘ dan melakukan ‘ abseil ‘ dengan betul hingga 10 meter. ( Penilai bertanggungjawab bagi semua persedian keselamatan ). Atau Mengetahui bahagian pada perahu / kayak / sampan serta langkah keselamatan semasa mendayung dan mendayungnya sejauh sekurang-kurang satu kilometer. Atau Mengetahui alat yang perlu untuk ikhtiar hidup ( survival ); mengetahui cara membuat perangkap / jerat yang mudah dan bermalam di pinggir hutan bersama seorang Pengakap lain dengan membawa alatan untuk ikhtiar hidup sahaja. PERKHIDMATAN 1. Tahu membuat buat balutan berikut : a) membalut bahu b) membalut siku / lutut c) membalut pinggang 2 Mengetahui : a) cara memberi pertolongan cemas bila keluar darah dan bila terkejut b) risiko yang terlibat apabila memindahkan orang yang cedera.
a) membuat kerja yang berguna tidak kurang daripada tiga jam lamanya. ATAU b) memberi perkhidmatan selali.
|