Lencana Keris Emas
Kesetiaan
- Menyanyi sekurang-kurang
2buah lagu patriotic seperti lagu “Selamat Jalan Pahlawanku”, “tanah
Pusaka”, “Malaysia Berjaya” dan lain-lain lagu ciptaan semasa.
- Mengenali Jata Negara
Malaysia dan Jata Neheri dan Mengetahui di mana mereka berada. Boleh
melipat bendera dan membimbing tunjukcara kepada seorang pengakap
kanak-kanak yang lain yang akan mengambilujian Lencana Keris Perak.
- Mengetahui nama dan
mengenal Datuk Bandar, Pegawai Daerah, Pegawai Pendidikan Daerah,
Penghulu, Ketua Kampung , Wakil Parlimen dan wakil Rakyat tempat
Pengakap Kanak-kanak tinggal.
- Mengetahui nama penuh dan
mengenali Persuruhjaya Pengakap Negeri dan Ketua Persuruhjaya
Pengekap Negeri.
- Mengamalkan rukun agama
masing-masing. Penganut beragama Islam hendaklah sentiasa bertakwa
kepada Allah, Mengetahui ucapan kalimah syukur, doa hendak makan,
tidur, berjalan jauh, dan doa ketika dalam ketakutan. Penganut bukan
beragama Islam diminta merujuk kepada agama masing-masing.
- Mengetahui dan mengambil
bahagian dalam sambutan Hari Keputeraan D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda
Yang Di Pertuan Agong dan D.Y.M.M. Sultan atau T.Y.T Yang Di Pertua
Negeri masing-masing.
- Mengetahui dan mengambil
bahagian dalam sambutan Hari Pengakap Sedunia / Malaysia, Hari Ibu,
Hari Bapa, Hari Guru, Hari kanak-kanak, Hari Keluarga dan hari-hari
yang diraikan oleh Negeri / tempatan masing-masing.
5.2 Kesihatan dan
Keselamatan
- Mengetahui
sekurang-kurangnya lapan peraturan hidup sihat dan bahagian.
- Mengetahui bagaimana
mengatasi sakit selsema dan menjauhkannya.
- Mengetahui maksud
pertolongan cemas dan bahagian mendapatkan bantuan kecemasan segera
melalui telefon ke Balai Polis, Balai Bomba, Hospital, Klinik,
kerana pergaduhan, kebakaran, kemalangan seperti keracunan, kejutan,
kelemasan, serangan jantung, gila babi dan sebagainya.
- Mengetahui kegunaan isi
kandungan peti pertolongan cemas dan jenis-jenis balutan :
pembalutan tangan, pembalutan bersegi tiga dan anduh pembalutan
bersegitiga dan anduh pembalutan bersegi tiga.
- Mengetahui bagaimana
mengikat anduh dengan menggunakan simpulan buku sila.
- Mengetahui cara menjaga
keselamatan di air ketika belajar berenang, turun ke air, timbul
tenggelam, mengharung, dan mendekam.
(Ingatan
: Latihan ini dibuat di atas permukaan air sedalam paras pinggang dengan
diawasi oleh pemimpin atau orang dewasa yang berpengalaman mengenai hal
tersebut)
- Mengetahui cara berenang
seperti meluncur, meniarap, tending keribas.
Latihan ini dibuat
di atas permukaan air dengan pengurusan yang sama seperti
NO.6 atas
- Mengumpul Maklumat Media :
menyimpan keratin / suntingan bahan cetak sama ada dari akbar dan
majalah yang ada mesej. Pengakap Kanak-kanak hendaklah menyimpan
buku catatan Merokok, ATAU Keracunan Makanan.
5.3 Kecekapan
- Mengukuhkan Latihan Asas
Perbarisan Lencana Keris Gangsa dan Perak dan seterusnya mengetahui
perintah “ Langkah ke sebelah:”, “Cepat Jalan, “ Berhenti” dan “Hormat”.
- Mengetahui cara memasang,
menaik, menghibar, menurum dan melipatkan bendera.
- Mengetahui kemahiran asas
permainan Pasukan seperti Sepak Takraw, Badminton dan peraturannya.
ATAU
- Mengetahui kemahiran asas
permainan bola baling dan peraturannya.
- Mengetahui kemahiran asas (
Pilih SATU sahaja ) seni mempertahankan diri seperti : Silat, Pencak,
Tae Kwon Do, Karate dan sebagainya.
- Mengetahui cara mengekalkan
kesegaran fizikal, seperti memanjat tali dengan cepat dengan
menggunakan pengalaman Ujian Lencana Keris Gangsa dan Keris Perak.
Tinggi tali tidak lebih dari 6meter.
- Mengetahui latihan asas Ala
Komando seperti :
Merangkak, merangkak di bawah jaing / jala, bergayut pada tali, meniti
kayu dan bergayut, gayut monyet.
- Mengukuhkan kemahiran
ikatan : Buku Sila (Keris Gangsa), Bunga Geti dan simpul sentak (
Keris Perak). Mengetahui cara mengikat simpulan Tindih Kasih, Simpul
Manuk dan Lilit Dua Simpul serta kegunaannya.
- Membantu Pengakap Muda
semasa mendirikan khemah dan menurunkan khemah untuk dilipat.
3
Penyertaan
1.
Mengetahui sifat khusus hidupan di air dan
mengenali 5 jenis nama ikan di laut dan di sungai.
1.1
Mengetahui jenis umpan di mata kail.
1.2
Mengetahui cara menggunakan joran untuk
memancing ikan.
(Ingatan
: Pengakap Kanak-kanak hendaklah ditemani oleh seorang dewasa semasa
pergi mengail sama ada di tepi laut, di tebing sungai atau di tepi tasik.
Ia harus mengetahui Peraturan keselamatan ketika di air.)
2.
Mengetahui peringkat tumbuhan di hutan
simpanan kerajaan.
2.1
Menyatakan 5 jenis pokok hutan dan nyatakan kegunaan kepada manusia.
2.2
Menunjukkan satu carta kepada pemimpin gambaran pusingan hidupan
pokok-pokok dihutan.
2.3 Menyediakan sekurang-kurangnya 3 jenis contoh kayu hutan yang
digunakan untuk membina bangunan di negara kita.
3.
Membuat satu daripada perkara-perkara di bawah,
mengikut pilihan Pengakap Kanak-kanak sendiri:
3.1 Sebuah
kotak tempat menyimpan alat-alat Pertolongan Cemas, sebuah
kotak untuk surat-surat, dan sebuah kotak untuk menabung wang senuanya
dibuat dari bahan terbuang.
3.2
Membuat patung sarung jari puppet / pantung
puppet bertali yang boleh digerak-gerakkan dan membuat panggung puppet.
3.3
Membuat laying-layang yang boleh dinaikkan ke
udara.
3.4
Mengetahui membaiki sekurang-kurang satu jenis
permainan kanak-kanak yang menggunakan bateri.
4.
Mengetahui pemeliharaan Alam Sekitar.
Ingatan: Memilih 2 Bahagian sahaja dari tiga bahagian di bawah ini :-
1.1
Membuat sebuah Mini Zoo serangga di rumah yang
menunjukkan sekurang-kurangnya 2 jenis semut, belalang, kupu-kupu dan
lain-lain yang dipelihara dengan sempurna untuk perhatian kajian sendiri
selama 3 bulan mengenai peringkat kehidupan dan menulis segala catatan
di dalam Buku Log
1.2
Menyediakan sebuah akuarium ikan atau
terrarium (tumbuhan) dan memerhati peringkat kehidupan pemeliharaan
Pengakap Kanak-kanak itu selama 3 bulan yang dicatat di dalam Buku Log.
1.3
Melawat ke Muzim bersama Pemimpin Pengakap
Kanak-kanak dan membuat pemerhatian mengenai hidupan alam (Nuture
Study).
ATAU
1.4
Melawat ke pusat sains atau ke Zoo bersama
Pemimpin Pengakap Kanak-kanak atau ibu bapa / Keluarga dan menjalankan
pemerhatian / kajian apa yang dilihat.
- Menyanyi dengan iringan
muzik mengikut rntak. Menyanyi dengan harmoni mengikut melodi dan
boleh menyanyi dengan berbagai tempo (cepat, lambat, berubah-ubah,
dan sederhana) melalui lagu-lagu seperti di bawah ini:
2.1
Menyanyi SATU lagu yang berirama tradisi
seperti lagu “Rasa Sayang”.
2.2
Menyanyi SATU lagu rakyat setempat seperti
Nasyid. Syair, Boria, Ghazal, Dikir Barat dan Dondang Sayang.
2.3
Menyanyi SATU lagu asli seperti “tudung Periok”,
“Seri Mersing” dan lain-lain.
2.4
Menyanyi sekurang-kurangnya DUA lagu pengakap
tradisi dan DUA lagu pengakap antarabangsa.
- Boleh berlakun SATU babak
cerita pendek berdasarkan nilai agama tradisi kebudayaan atau
nilai-nilai masyarakat berbilang bangsa.
- Boleh koreografikan satu
tarian kebudayaan untuk persembahan dalam pementasan atau pertujukan.
1.5
Perkhidmatan
- Bersama sekawan / Pek /
Kumpulan Pengakap Kanak-kanak membersih kawasan rumah / sekolah /
rumah ibadat / tempat awam.
- Membantu ibu bapa atau
keluarga mengatur persiapan satu ekspedisi atau perkelahan dan
melaporkan kepada Pemimpin selepas balik.
- Berikhtiar membantu rakan
sebaya yang sedang dalam kesusahan / kesedihan kehalangan / kematian
keluarga / kemalangan.
- Membantu Pemimpin untuk
persiapan Pek Bercuti.
- Melukis atau membuat model
peta kasar kawasan tempat tinggal sendiri dengan menunjukkan tempat
kemudahan awam seperti Perjabat Pos, Hospital, Kilinik Kesihatan,
Tempat Beribadat, Balai Penghulu, Penggawa, Sekolah dan Tempat
Rekreasi.
- Membantu Pemimpin dalam
penguru untuk enam sekawan mengatur Program Malam Pengakap.
- Meneruskan kegiatan
Perkhidmatan Lencana Keris Gangsa dan Perak.
|