UNTUK MENDAPATKAN LENCANA KERIS GANGSA


Lencana Keris Gangsa

1 Kesetiaan

 1.      Menyanyi Lagu Kebangsaan “Negaraku” dan memahami bagaimana menghormati lagu itu ketika dimainkan.

2.      Mengenal Bendera Malaysia dan Bendera Negeri di mana pengakap itu berada.

3.      Mengetahui Lambang Sejagat Pengakap dan Cogankata Pengakap Kanak-kanak.

4.      Mengetahui Pengertian Rukunegara.

5.      Mengenal dan mengecam D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, D.Y.M.M. Raja Permaisuri Agong, dan D.Y.M.M Sultan dan Sultanah Serta T.Y.T. Yang  Di Pertua Negeri, seta isteri bagi di mana ia berada.

6.      Mengelangi Persetiaan dan Undang-undang Pengakap.

7.      Mengulangi kekefahaman Hormat Pengakap, Isyarat Pengakap dan Salam Pengakap.

8.      Mengenal nama penuh Kuasa Penganjur /Guru Besar, Pemimpin dan Penolong Peminpin Pengakap Kanak-kanak kumpulannya serta alamat meraka sekali.

9.      Mengetahui serba ringkas sejarah perkembangan Kumbulan Pengakap Kanak-kanak di sekolahnya.

10.  Mengetahui agama-agama di Malaysia serta tempat-tempat ibadat seperti Masjid, Surau, Gereja, Kuil, Tokong dan lain-lain di kawasan sekitar tempat tinggalnya.

11.  Nilai beribadat mengikut agama masing-masing.

 3.2 Kesihatan dan Keselamatan

 1.      Mengetahui kepentingan kesihatan dan kebersihan badan serta mengetahui bagaimana membersihkan gigi, sebab berlaku kebusukan gigi, mengelakan busuk gigi, merawat segera sekiranya sakit gigi; bagaimana mengerat kuku, memelihara rambut, tangan, kaki dan system pernafasan.

2.      Mengetahui cara membersihkan bilik mandi dan tandas di rumah serta tempat pembuangan sampah; mengawal kebersihan sumber minumandan mencegah daripada berlakunya keracunan makan dan mengatasinya.

3.      Mengetahui betapa mustahaknya Memakai kasutdan selipar di rumah sesuai dengan keadaan tempat serta cara menjaga kasut.

4.      Mengetahui/menyedari bahayanya menelan apa jua jenis pil, atau gula-gula yang diberi oleh orang yang tidak dikenali.

5.      Mengenali jenis penyakit kulit yang berjangkit.

6.      Mengetahui bahaya bermain mata pisau cukur dan sebarang jenis mata pisau yang tajam. (Ingatab : Pengakap Kanak-Kanak bolehmembawa pisau lipat (Jack Knife) setelah mendapat kebenaran dari Pemimpinnya.)

7.      Mengetahui bahaya bermain sebarang alat yang mengandungi bahan letupan seperti mercun, mercun buatan sendiri, meriam buluh dan bunga api.

8.      Mengetahui bagaimana mendapat bantuan pertolongan dari orang dewasa, jika berlakusebarang kemalangan; mendapatkan alamat dan nombor telefon Balai Polis, Balai Bomba, doctor dan Rumah Sakit, tempat kerja ibu bapa dan keluarga rakan sebaya yang tinggal berhampiran.

9.      Mengetahui peraturan berjalan dan menyeberang jalanraya, di tempat menunggu bas, melintas jalan di lampu isyarat, berjalan melalui terowong,jejentas dan lintasan lain-lain.

10.  Mengetahui sebab utama berlakunya kemalangan  jalanraya bagi penunggang basikal dan cara mengawal keselamatan semasa naik dan turun dari bas,kereta api, dan teksi.

11.  Mengenal isi kandungan peta pertolong cemas

 3.3  Kecekapan

 1.      Mengetahui Latihan Asas Perbarisan seperti Masuk Baris, Senang Diri, Rehatkan Diri, Ke Kanan Lurus, Pandang Depan, Keluar Baris, Ke Kanan Pusing, Ke Kiri Pusing dan Bersurai.

2.      Mengetahui Kemahiran asas bagi Permainan Pasukan.

(a)    Kemahiran asas untuk bermain bola sepak seperti cara hantaran bola, Mengelecek, menyepak biasa, menyepak leret, menyepak lambung, menanduk, menjaga gol; dan latihan bermain bola.

ATAU

(b)    Kemahiran asas untuk bermain bola jarring seperti hantaran paras bahu, paras dada, paras bahu, paras dada, paras pinggang, lantunan, jaringan gol atas kepala dan gerakan kaki.

3.         Mengetahui cara mengekalkan kesegaran fizikal seperti latihan memanjat tali, memegang tali paras muka, menyepit tali dengan kedua belah kaki. ( tinggi tali lebih dari 3 meter dengan saiz tali 1.5 inci garis pusat ).

4.         Mengetahui cara meraut sebatang kayu dengan manggunakan sebilah pisau kecil ( Pisau lipat ). Mengetahui cara mengasah pisau membubuh minyak dan membersihkannya setelah digunakan. 

Ingatan : Pengakap Kanak-kanak dilarang membawa apa jua bentuk pisau lipat denganmendapat kebenaran terlebih dahuli daripada pemimpinnya. 

5.              Mengetahui kedudukan tempat-tempat awam di kawasan tempat tinggalnya dan dapat menunjukkan arah tempat-tempat itu kepada orang yang memerlukan bantuan seperti : Perhentian Bas, Keretapi, Teksi, Balai Bomba, Hospital, Balai Polis, Pejabat Pos dll.

6.       Menunjukkan cara yang betul memakai dan menjaga pakaian seragam pengakapnya dan mengetahui peraturan memakai lencana dan lain-lain seperti Lencana Keahlian, Lencana Malaysia, Lenvana Wajib, Nombor Kumpulan, nama Daerah dan Negeri.

7.      Mengetaui segala isyarat pengakap dan mengetahui arah tempat yang hendak dituju dengan menggunakan tanda isyarat Sulit Pengakap seperti “ ikut arah ini ,” “ jangan ikut arah ini ,” “ di sini ada air,” “ tunggu di sini, “ dan” saya sudah pulang”.

8.      Mengetahui cara mengikat tali kasut, Simpul Buku Sila dan gunanya serta mengikat sebuah bungkusan.

 3.4  Penyertaan

 Menjalan kan dua (2) daripada aktiviti di bawah ini.

3.4.1        Menanam pokok bunga pada pasu atau pada kotak di dalam rumah dan di luar rumah. Kaji kesuburan pokok-pokok itu dan catatkan perkembangannya dalam Bku Log.

3.4.2        Mengetahui cara penyuburan pokok seperti pembajaan penyiraman dan lain-lain.

3.4.3        Menbuat batas dan menanam pokok bunga yang beraneka warna padanya di halaman rumahsendiri dengan bimbingan dan bantuan ibu bapa atau orang dewasa.

3.4.4        Membantu ibu bapa di rumah dan guru keceriaan di sekolah memelihara pokok-pokok bunga dankeindahan sekitar.

2        Menyimpan seekor haiwan kesayangan seperti arnab, kucing, anjing, dan lain-lain, dan mengetahui cara memeliharanya.

ATAU

3.2.1        Mengetahui bagaimana peladang memelihara bintang ternakan seperti kambing, lembu, kerbau, faedah yang didapati darinya; mengetahui cara bagaimana Pengakap Kanak-kanak dapat menolong dalam hal pemeliharaan itu.

3.        Telah membaca sekurang-kerungnya sebuahbuku mengenai cara memelihara bintang/haiwan kesayangan seperti arnab, anjingdan sebagainya; dan dapat menerangkan cara memeliharanya kepada pemimpin pengakapnya, atau kepada ibu bapa atau teman sebayannya.

4.        Menjadi ahli perpustakaan sekolah/perpustakaan awam tempatan; menunjukkan Pengakap Kanak-kanak telah membaca sekurang-kurangnya lima buah buku dan dapat menceritakan balik isi cerita kepada pemimpin pengakapnya ataurakan sebayanya; mengetahui bagaimana cara menyampul buku dan mengetahui cara membuka buku yang baru.

5.        Mengetahui membuat satu barang permainan rakaan sendiri dari bahan terbuang sama ada untuk kegunaan sendiri atau untuk dihadiahkan kepada rakan sebaya kumpulan pengakap sekolahnya.

6.        Mengambil bahagian dalam persembahan drama lakunan dan tarian di sekolah.

7.        Boleh berlakon dengan baik satu babak pantomin menggambarkan satu peristiwa sama ada berseorangan, berpasangan atau beramai-ramai, cerita yang berkait dengan pendidikan moral, keharmonian, kesetiaan kepada ibu bapa, ketua dan apa jua peristiwa yang mewujudkan ikatan kekeluargaan bagi insane yang berbudi mulia.

8.        Membuat Mini Muzium di rumah hasil kutipan hobinya seperti batu-batan, karangan laut yang akan ditunjukkan kepada pemimpinnya.

9.        Membuka sebuah buku akaun dan lain-lain akaum simpanan Wang di Bank.

 3.5       Perkhidmatan : 

  1. Membantuibu bapa di rumah setiap hari dengan menyempurnakan tugasnya itu dengan memuaskan.
  2. Melalui kumpulan sekawannya dengan diketuai oleh pemimpinnya melawat ke rumah kanak-kanak yatim piatu, kanak-kanak cacat akal, dan melawat ke rumah penempatan wargatua.
  3. Mencerita secara lisan atau dengan perantaraan lakunan yang bersiri tentang kejayaan seseorang dalam satu peristiwa ia membuat khidmat bakti kepada orang ramai dengan memberi kepuasan kepadanya.
  4. Menerangkan secara ringkas mengapa sekolahnya mengenakan hukuman kerana membuang sampah di merata tempat dan mengapa perturan undang-undang itu diadakan. Menunjukkan carabagaimana pengakap kanak-kanak dapat memainkan peranan melaksanakan perantur itu di sekolah.
  5. Menawarkan khidmat kemasyarakatan dirumah ibadat sama ada secara sekawan atau Pek.
  6. Menyediakan sebuah Buku Log Perkhidmatan catatan mingguan dengan menunjukkan segala khidmat sukarala yang telah dilalui.

 



Muka Depan