UNTUK MENDAPATKAN LENCANA EKSPEDISI


Lencana Ekspedisi

 

LENCANA EKSPEDISI

4.1    Latihan ekspedisi

         Mengetahui keperluan peribadi dan patrol untuk ekspedisi dan menunjukkan kaedah

         membungkus dan membawa bekalan yang lengkap bagi pengembaraan selama 24

         jam yang beratnya tidak lebih daripada 15 kg termasuk 10 kg barang makanan. Dia

         hendaklah bersedia menyediakan dan menyusunnya di dalam beg sandang

         (haversack).

4.2        Ekspedisi

Mengambil bahagian yang penting selama 24 jam dalam satu ekspedisi Pengakap berikut yang mengandungi 4 hingga 8 orang dengan

a)      Berjalan kaki sejauh 40km.

ATAU

b)      Berbasikal sejauh 120km.

ATAU

c)      Berperahu / berkayak sejauh 16km.

(8 km mudik dan 8km mengilir)

          ATAU

d)      Berakit sejauh 30km.

ATAU

e)      Mendaki bukit / gunung (mengikut keadaan tempatan)

INGATAN: Mengetahui dan boleh menyediakan langkah keselamatan bagi jenis

                    pengembaraan yang dipilihinya.

                    Penguji mestilah berpuashati bahawa Pengakap itu sihat tubuhbadan

                    dan fikirannya untuk melakukan ekspedisi itu dan semua syarat

                             keselamatan telah diambil.

                             Satu laporan (mengikut format yang ditetapkan) yang lengkap

                             berkenaan dengan ekspedisi itu, dengan tulisan tangan, ditiap, dirakam

                             dalam pita rakaman atau divideokan hendaklah diserahkan kepada

                             Penguji tidak lewat daripada 10 hari selepas ekspedisi itu selesai

                             dilakukan.

 



Muka Depan