|
UNTUK MENDAPATKAN LENCANA KEGIATAN |
|
|
Lencana Kegiatan
LENCANA KEGIATAN Mempunyai pengetahuan yang cukup berkenaan dengan peraturan dan langkah keselamatan serta menunjukkan kemahiran dalam satu kegiatan yang berikut:- 3.1 Pementasan - Mengabil bahagiab utama sebagai pelakon atau pengarah dalam satu lakukan siperingkat sekolah atau mana-mana peringkat lain. ATAU 3.2 Bertukang kayu / logam - Membuat sebuah perabut yang berguna seperti bangku, tempat letak kasut, meja kecil, tempat sangkut tuala, tempat letak buku dan sebagainya. ATAU 3.3 Tarian Kebudayaan - Menari satu jenis tarian kebudayaan kebangsaan yang berikut iaitu Joget, Inang, Canggong, Zapin, Sumazau, Ngajat dan tarian-tarian yang terkandung dalam kebudayaan Negara. ATAU 3.4 Kraftangan / Kerjatangan - Membuat satu perkara di bawah ini yang memuaskan dengan usaha sendiri :- a) ciptaan seni ukur / seni arca b) cap mengecap batik c) anyaman tradisional d) lukisan mural e) jahitan / tenuman / tekat / gubahan / kait-mengait ATAU 3.5 Seni Mempertahan Diri - Memahirkan diri dalam sejenis seni mempertahankan diri seperti Silat, Kung Fu, Salamban, Tae Kwon Do, Karate dan sebagainya. ATAU 3.6 Muzik - Dapat memainkan dengan baik sejenis alat muzik, moden atau alat muzik tradisional. ATAU 3.7 Urusetia - Mengelolakan satu perjumpa seperti seminar, forum, khemah kerja dan sebagainya. ATAU 3.8 Pertanian a) mengetahui cara membuat tut. b) Mengetahui campuran tanah untuk tut pada bahagian pokok. c) Menanam bahagian tut dan mengetahui campuran tanah di dalam beg / pasu ATAU 3.9 Komputer a) mengetahui jenis computer dan bahagian pada sebuah computer. b) mengetahui cara mengendali sebuah mikrokomputer dan faham apa dia DOS (Disk Operating System). c) mengetahui kegunaan computer di pejabat dan industri. d) Mengetahui jenis perisian yang terbaru dari segi penggunaan. e) Menyediakan dengan memuaskan satu pengeturcaraan computer (BASIC) dan sebagainya atau dalam kemahiran seperti berikut: - pemprosesan perkataan (seperti Wordstar, Professional Write dsd) - system pengurusan pangkalan data (seperti Dbase) |