|
UNTUK MENDAPATKAN LENCANA KEMAHIRAN |
|
|
Lencana KemahiranLENCANA KEMAHIRAN 2.1 Telah mencapai darjah yang tertinggi dalam ilmu latihan asas perbarisan sebangaimana yang dikehendaki dalam Lencana Usaha, Lencana Maju, Lencana Jaya, kawad tongkat serta cara membawa bendera dan telah melatih dengan jayanya satu unit Pengakap dalam ilmu tersebut. 2.2 Mengetahui cara mengikat serta kegunaan simpulan dan ikatan yang berikut: (a) simpulan tapak kucing (catspaw ) (b) simpulan raga (carrick bend ) (c) simpulan serban (turk’s head ) (d) simpulan buaian (scaffold hitch ) (e) lilit berkas tingkat (racking bend ) (f) genggam monyet (monkey fist ) (g) sambat pendek (short splice ) (h) ikat Jepun (Japanese lashing ) (i) ikat Filipina (Filipino lashing ) (j) takal tali (rope tackle I harvester’s hitch ) 2.3 Mengetahui cara membuat dan menggunakan system takal dan pancang dogang ( anchorage ) iaitu :- (a) 3-2-1 (b) ‘log & picket’ (c) ‘dead-man’ 2.4 Membina satu projek perintis ( pioneering project ) secara berpatrol seperti menara, jambatan atau ‘ aerial runway’ tidak kurang daripada 5 meter tinggi / panjang. 2.5 Melanjutkan pengetahuan dalam pemetaan dengan mengatahui mengenai asas ‘Orienteering’ dan cara membuat ‘cross-bearing’ bagi mencari kedudukan di atas peta dengan menggunakan kompas. 2.6 Memahirkan diri dalam ilmu tahan lasak hidup dengan membuat ‘bivouac’ dan bermalam di dalamnya, membuat perangkap yang mudah serta membuat masakan rimba (backwoods) seperti nasi, ikan / daging dan telur. 2.7 Mengenali tapak 5 jenis haiwan dan membuat 2 jenis ‘plaster casts’. 2.8 Mengetahui cara membuat penganggaran (estimation) tinggi dan lebar. 2.9 Membuat satu model projek perintis. 2.10 Lakukan perkara yang berikut :- 2.10.1 Berenang 50meter berpakaian lengkap 2.10.2 Melempar seutas tali yang panjangnya 20 meter sejauh 12 meter supaya jatuh ke kawasan antara 2 pacangyang jaraknya 2 meter dengan mendapat 2 kejayaan daripada 3 kali lemparan. ATAU 2.10.3 Mengetahui cara Abseil / Rappel, alatan untuk ‘abeil’, langkah keselamatan, system belay, cara ‘abseil’ dan melakukan ‘adseil’ sejauh8 meter. ATAU 2.10.4 Mengetahui cara membina dan langkah keselamatan berkenaan serta melakukan 12 daripadanya : - melalui titi goyang - merangkak bawah jarring - melalui titi komando - melalui terowong - melalui titi pacak - memanjat tali - bergayut tali - memanjat pokok - bergayut monyet - memanjat tangga - merangkak” deadman’s crawl” - memanjat tembok - menyusupi halangan tayar - memanjat batang pokok 2.10.5 Menggunakan tintih kasih gelung atau simpul kerusi untuk menurunkan seorang yang cendera dari tempat tinggi- 5meter (pokok atau bangunan atau gaung curam)
|