Sejarah Pengakap Di
Malaysia
Selepas dua tahun pengakap diasaskan oleh Lord Baden Powell di England,
seorang peneroka pengakap dari London bernama F.C. Sands telah datang ke
Singapura pada tahun 1910 lalu menubuhkan dua pasukan pengakap untuk
anak-anak orang Inggeris yang berada di Singapura. Pada tahun 1919,
Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z. Alsagoff telah menubuhkan pasukan
pengakap untuk budak-budak Melayu yang tahu berbahasa Inggeris di
Singapura.
Negeri Melayu yang mula-mula menubuhkan pasukan pengakap ialah Pahang,
iaitu di Pekan, yang ditubuhkan oleh G.M. Laidlow, tetapi apabila beliau
meninggal dunia, pergerakan pengakap di situ turut berkubur. Hanya pada
tahun 1927 barulah dihidupkan semula oleh H.P. Hertslet yang kemudiannya
diasaskan pula oleh Wheeler dan Frisby dari Pejabat Pelajaran Pahang.
Di Pulau Pinang, pergerakan pengakap telah ditubuhkan oleh seorang ahli
pendidk yang termasyhur, iaitu H.R. Cheesman di Penang Free School pada
tahun 1915. Cheesman telah berkhidmat selama 13 tahun dalam pergerakan
pengakap di Malaya, sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya.
Di Perak, pengakap telah ditubuhkan pada tahun 1926, iaitu di Maktab
Melayu Kuala Kangsar oleh I.R. Wheeler. Kemudian itu, banyak lagi
sekolah di Perak menubuhkan pasukan pengakapnya. Di Kedah, pergerakan
pengakapnya bermula pada tahun 1922. Peneroka pengakap di Kedah ialah
E.C. Hicks, A.G. Stuart, R.P.S. Walker dan C.W. Bloomfeild. Di Johor,
pengakap ditubuhkan pada awal tahun 1928, iaitu dengan kedatangan
Cheesman dari Pulau Pinang. Kumpulan yang pertama ditubuhkan ialah di
English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) Johor Bahru. Manakala
pergerakan pengakap di Melaka dan Negeri Sembilan bermula pada tahun
1926 oleh Brunstone.Pada tahun 1926,
Selangor pula menubuhkan gerakan pengakap dan orang yang
bertanggungjawab menubuhkannya ialah Ameen Akbar. Ini diikuti oleh
penubuhan pergerakan pengakap di Terengganu pada tahun 1927 oleh A.J.
Gracle dan di Kelantan (1927) oleh Y.M. Tengku Ahmad Temenggong. Negeri
yang terakhir di Semenanjung menubuhkan pergerakan pengakap ialah Perlis
pada tahun 1931.
Sabah telah menubuhkan pergerakan pengakapnya di Sandakan pada tahun
1913. Sementara di Sarawak ia ditubuhkan pada tahun 1915, tetapi
terhenti pergerakan pengakapnya sehinggalah pada tahun 1930 apabila ia
bergiat semula.
Sebelum merdeka, Persekutuan Budak-budak Pengakap Tanah Melayu meliputi
semua negeri, dengan tiap-tiap sebuah negeri sebagai satu daerah
pengakap. Selepas Perang Dunia Kedua, pergerakan pengakap di Malaya dan
Singapura dimasukkan menjadi cawangan Persekutuan Pengakap Great
Britain. Selepas diadakan penyusunan semula, tiap-tiap negeri menjadi
satu persekutuan yang terdiri daripada beberapa daerah pengakap.
Tiap-tiap daerah ada dengan persekutuan pengakapnya.
Apabila Malaya mencapai kemerdakaannya pada tahun 1957, Persekutuan
Budak-budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli penuh dalam
Persidangan Pengakap Dunia. Dengan wujudnya Malaysia pada tahun 1963,
namanya bertukar menjadi Persekutuan Pengakap Malaysia dan keahliannya
menjadi besar kerana Sabah, Sarawak and Singapura menjadi anggotanya.
Apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965,
Persekutuan Pengakap Singapura berhneti menjadi cawangan Persekutuan
Pengakap Malaysia.
Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu
pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan
belanja RM150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1957
sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke-50 Pengakap Dunia. Rumah
BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah Ketua
Pesuruhjaya Negara

Sejarah Pengasas Pengakap: Lord Baden - Powell
Pada 22 Februari 1857, seorang bayi telah dilahirkan di sebuah rumah
berhampiran Hyde Park, London. Bayi itu dinamakan Robert Stephenson
Smyth Baden - Powell. Bapanya bernama Reverend H.G. Baden - Powell,
iaitu seorang mahaguru di Universiti Oxford. Ibunya ialah seorang
Laksamana British bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang
adik-beradik.
Pada usia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau
dalam pemeliharaan ibunya. Beliau sangat gemar kepada penghidupan di
luar rumah. Beliau terkenal dengan nama ringkas BP. BP amat sayang
kepada kanak-kanak.
BP ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Askar Hussar ke-13
dan detempatkan di India pada tahun 1876 dan kemudian mendapat pangkat
Ketua Inspektor pada tahun 1903. Dalam satu serangan terhadap Mafeking
pada tahun 1899, BP merancang membawa pesanan-pesanan dan menggantikan
askar-askar di medan perang dengan kanak-kanak yang tinggal di bandar
yang diserang itu. Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini meninggalkan
kesan yang amat dalam pada hati BP dan pada tahun 1907, ketika pulang ke
England, beliau telah menganjurkan suatu perkhemahan percubaan di Pulau
Brownsea bagi kanak-kanak lelaki. Melalui kejayaan perkhemahan di Pulau
Brownsea itu, pada tahun 1908, BP telah mengarang sebuah buku bernama
Scouting For Boys.
BP menanam semangat taat kepada tuhan, Raja dan Negara. Kejayaan ini
tidak ditangdingi oleh teman-teman yang sezaman dengannya.Inti daripada
pusaka yang ditinggalkannya ialah aduanan teratut bagi kecekapan dan
tatatertib yang mengembangkan dasar-dasar asas seorang manusia.Dalam
Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia, BP telah dilantik menjadi
Pengakap Agung bagi seluruh dunia.
Pada tahun 1937, sewaktu berumur 80 tahun, BP bersama-sama isterinya,
Lady Baden Powell, seorang yang telah bersungguh-sungguh membantu BP
dalam segala kerja mengembangkan pergerakan pengakap, dengan disertai
oleh anak-anaknya, meninggalkan Bandar Raya London menuju Kenya di
Afrika dan bermastautin di sebuah kampung yang aman, dengan pemandangan
yang indah, hutan yang menghijau, kemuncak gunung yang diselaputi oleh
salji; di situlah BP berehat setelah lama berbakti kepada dunia.
Buku Scouting For Boys dijadikan kitab untuk semua
pengakap dunia. Ramai yang telah menerima ideanya kerana ini terbukti
dengan perkembangan pergerakan ini ke serata dunia kecuali negara-negara
komunis. Pergerakan pengakap telah memberi peluang kepada muda mudi
mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan telah menunjukkan
kecekapan dalam berbagai perkara yang diuji. Pada mulanya masyarakat
menganggap perkhemahan sebagai sesuatu yang janggal, tetapi Lord Baden
Powell telah menyangkal perkara ini sehinggalah kini perkhemahan bukan
sahaja popular di kalangan pengakap malah di kalangan masyarakat biasa.
Lord Baden Powell telah menerima banyak anugerah seperti 'Baron' dan
telah menjadi Ketua Pengakap Dunia. Pada tahun 1937, beliau menerima
Order of Merit. Beliau telah meneruskan usaha dalam lapangan ini
sehingga berumur 80 tahun. Beliau kemudiannya melancong ke serata
pelosok dunia untuk menyaksikan sendiri kegiatan pengakap dan pandu
puteri. Seumur hidupnya, BP telah berusaha menwujudkan kegembiraan
kepada orang lain melalui pergerakan pengakap.
Oleh yang demikian, adalah menjadi kerugian besar bagi semua orang
khususnya pengakap apabila pada 8 Januari 1941 BP meninggal dunia.
Mendiang dikebumikan dengan penuh kehormatan di bawah bayang-bayang
kelembutan Gunung Kenya. Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam
pergerakan ini ialah:
TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DI DALAM
KERJA-KERJAMU
|