|
UNTUK MENDAPATKAN LENCANA USAHA |
|
|
|
CITA-CITA PENGAKAP 1. Melukis dan menerangkan erti Bendera Malaysia dan Bendera Negeri masing-masing. 2. Menyanyi Lagu Kebangsaan "Negara-Ku" dan lagu negeri masing-masing. 3. Menaik Bendera Malaysia dan Bendera Negeri masing-masing sambil menyanyi dalam masa yang sama Lagu Kebangsaan "Negara Ku" dan lagu negeri berkenaan. 4. Mengetahui nama penuh D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, D.Y.M.M. Raja Permaisuri Agong, D.Y.M.M.Sultan, Yang Di-Pertua Negeri dan Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri berkenaan. 5. Melafazkan "Persetiaan Pengakap" dan menghafal serta tahu makna "Undang-undang Pengakap".
1.Mengetahui Latihan
Asas Perbarisan: 2.Mengetahui Kawad Tongkat: Rehatkan diri,
Senang diri, Sedia, Baring Tongkat, Angkat Tongkat, 3.Mengetahul isyarat tangan Pengakap: Rehatkan Diri, Senang Diri, Sedia, Keluar Baris;Barisan Melintang, Barisan Jajar, Barisan Tertutup, Barisan Terbuka, Tapak Kuda, Bersurai. 4.Melalui dengan jayanya 5 daripada 8 halangan komando yang disediakan. Jenis-jenis halangan: - Menggayut
tali- Meniti pacak 5. Menunjukkan dengan jayanya cara melipat dan mengibarkan bendera.
1. Menerangkan: Kegunaan dan cara membersihkan, menjaga dan menyimpan pisau dan parang dan langkah keselamatan. Membuat kayu pancang khemah atau lain-lain alat yang berguna dalam perkhemahan dengan menggunakan pisau dan parang. 2. Menunjukkan serta mengetahui kegunaan simpulan dan ikatan berikut:-
3. Mengetahui undang-undang lalulintas jalanraya bagi penunggang basikal. 4. Memahami segala faktor penting bagi memilih tapak perkhemahan. 5. Menyenaraikan keperluan peribadi untuk berkhemah dan mengetahui cara menyusun dengan kemas keperluan tersebut ke dalam beg sandang (rucksack). 6. Menyediakan alatan pertolongan cemas peribadi di dalam bekas yang sesuai untuk pengembaraan. 7. Menghidupkan api di luar rumah, membuat minuman serta memasak makanan yang mudah untuk diri sendiri. 8. Mendiri dan menurunkan khemah kecil (hike tent) / ponco. 9. Berkhemah di luar bersama Pengakap-Pengakap lain sekurang-kurangnya 1 malam dalam satu kegiatan Pengakap. 10. Mengetahui arah mata angin dan mengenali peta topo. 11. Mengetahui isyarat sulit Pengakap. 12. Berjalan kaki sejauh 6 kilometer bersama Patrol sendiri dan sekembalinya, memberi laporan ringkas bertulis mengikut format yang ditentukan atas satu matlamat yang ditetapkan (misalnya membuat lakaran atau mendapatkan maklumat berkenaan tempat yang dilalui atau orang perseorangan yang perlu ditemui)
1. Membuat satu kraftangan daripada buluh, kayu ATAU logam ATAU mengukir pada kayu / sabun / lilin dan sebagainya 2. Menghasilkan satu "plaster cast" dengan menggunakan "Plaster of Paris' 3. Menyimpan rekod berkenaan dengan sekurang-kurangnya 12 orang sahabat pena di dalam Buku Log Peribadi.
1. Mengetahui cara mengikat balutan anduh yang berikut:- (a) melipat kain
anduh 2. Mengetahui cara mengambil tindakan menghadapi kemalangan,kebakaran, luka, sengatan binatang berbisa dan pitam. 3. Mempunyai pengetahuan tentang perkhidmatan awam, pengangkutan tempatan, tempat bersejarah dan tempat penting, hospital, klinik, kediaman doktor, Balai Polis, Balai Bomba / tempat alat pemadam api dan tempat telefon awam. 4. Boleh menunjukkan jalan kepada orang yang baru datang.
|