|
PERKEMBANGAN KUMPULAN DAN PENGAKAP RAJA DI NEGERI KELANTAN Pasukan yang pertama seramai lebih kurang 36 budak telah ditubuhkan di sekolah yang dikenali sebagai sekolah MAJLIS, yang dikelolakan oleh Majlis Agama Kelantan bertempat di Lorong Tok Semian berdekatan Masjid Besar Kota Bharu. Sekolah majlis diajar pelajaran bahasa arab pada sebelah pagi. Manakala pada sebelah petang dibuka kelas bahasa Inggeris bagi pegawai dan kakitangan kerajaan yang ingin belajar bahasa Inggeris. Pasukan yang terdiri pelajar-pelajar sekolah majlis ini dibuka dan dipimpin oleh YM Tengku Ahmad bin Tengku Ab. Ghafar (Tengku Panglima Raja) dalam tahun 1926 dan kemudian beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Daerah kerana ketika itu daerah pengakap adalah dikenali sebagai sebahagian dari daerah wilayah Great Britain. Selepas tahun 1926, pasukan pengakap mulai ditubuh di beberapa tempat dan kawasan dalam negeri Kelantan seperti di Kota Bharu, Sekolah Melayu Banggol, Sekolah Melalyu Padang Garong, Sekolah Melayu Mentuan, di Pasir Mas sekolah Melayu Pasir Mas, pasukan-pasukan telah bergerak dengan cara bersendirian yang dikawal oleh pejabat pelajaran. Pada 1930, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Negeri Kelantan telah berkembang dengan pesatnya yang keahliannya terdiri daripada:- 1. Budak-Budak (pelajar). 2. Pemimpin-Pemimpin. 3. Penolong-Penolong Pemimpin. 4. Pesuruhjaya Daerah untuk Kelantan. 5. Penolong-Penolong Pesuruhjaya Daerah untuk Kelantan. dan telah melantik ahli-ahli yang memegang jawatan-jawatan seperti:- 1. Penaung KDYMM Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan. 2. Yang Di Presiden Yang Amat Berhormat Mulia Penasihat Kerajaan (British Advisor). 3. Timbalan Presiden Yang Mulia Tengku Mahkota Kelantan. 4. Pengerusi Pesuruhjaya Daerah untuk Kelantan. Pada ketika itu, Kelantan dikenali sebagai daerah dan Malaya sebagai sebuah cawangan dari British Empire). Manakala Timbalan Pengerusi, Bendahari Kehormat dan Setiausaha Kehormat adalah dipilih dalam mesyuarat agung tahunan.Pada 6 Mei 1932, mesyuarat agung tahunan telah berjaya melulus dan menerima pakai sebuah undang-undang kecil Kelantan Boy Scouts Association, sehingga kepada memperbaiki dan pindaan di mesyuarat agung tahunan pada 1 Mei 1948.Pada tahun 1936, sebuah sekolah elite ketika itu, Sultan Ismail College (SIC) telah menubuhkan sebuah kumpulan pengakap yang dikenali sebagai 1st Kota Bharu Group yang diasas dan dipimpin oleh Headmaster (Pengetua) Mr. Wong Quek Boon).Cara latihan dikumpulan telah disusun mengikut peraturan /sistem bagaimana untuk mendapatkan bintang-bintang (lencana) sehingga ke kelas satu dan lain-lain.Pada tahun 1950, seramai 7 orang pengakap dan Sultan Ismail College (SK) yang terdiri dari kumpulan 1st Kota Bharu dan 5th Kota Bharu merupakan kumpulan yang ulong dalam Negeri Kelantan dapat mengeluarkan KING SCOUTS. Senarai penerima sijil KING SCOUTS ialah:- 1. Hassan bin Ishak (*) - 1st Kota Bharu 2. Mohd Zain bin Omar - 1st Kota Bharu 3. Ang Kian Leng - 1st Kota Bharu 4. Hamzah bin Mahmood - 1st Kota Bharu 5. Ab. Malek Ali Merican - 5th Kota Bharu 6. Othman bin Ismail - 5th Kota Bharu 7. Eddy Wee Ting Han. - 5th Kota Bharu (*) Hassan bin Ishak telah menerima sijilnya dari King George IV di Austria semasa Jambori Dunia yang ke 7 th pada 05 – 14 Ogos 1955.Manakala yang lain menerima sijilnya dari KDYMM Al-Sultan Kelantan di Istana Kota Lama, Kota Bharu dalam tahun 1951. Pada tahun 1952, sekali lagi kumpulan 1st dan 5th Kota Bharu dari Sekolah Sultan Ismail College (SIC) dapat menghasilkan seramai 7 orang Queen’s Scout yang terdiri daripada:- 1. Omar bin Ismail - 1st Kota Bharu 2. Nik Ibrahim bin Mohamad - 1st Kota Bharu 3. Wan Mahmood bin Wan Idris - 5th Kota Bharu 4. Jaafar bin Mohamad - 5th Kota Bharu 5. Yunus bin Harun - 5th Kota Bharu 6. Zulkifli binMahmood - 5th Kota Bharu 7. Nik Muhammad bin Nik Salleh - 5th Kota Bharu Pada tahun 1953, seramai 3 orang penerima Sijil Queen’s Scout dari kumpulan 1st dan 5th Kota Bharu yang terdiri daripada:- 1. Yaakob bin Mohd Zain - 1st Kota Bharu 2. Nik Hussin bin Nik Ab. Rahman - 5th Kota Bharu 3. Mohamad bin Yaakob - 5th Kota Bharu Tahun 1955, seramai 3 orang dapat menerima sijil Queen’s Scout dari kumpulan 1st Kota Bharu dan 5th Kota Bharu. 1. Mokhtar bin Haji Mohamad - 1st Kota Bharu 2. Ahmad bin Daud - 5th Kota Bharu 3. Mokhtar bin Ali - 5th Kota Bharu Penerima pada tahun 1956 ialah:- 1. Mohd Noor bin Mahamood - 1st Kota Bharu 2. Ibrahim bin Ab. Rahman - 1st Kota Bharu 3. Hassan bin Abdullah - 1st Kota Bharu 4. Ismail Bukhary bin Abdullah Bukhary - 1st Kota Bharu 5. Ariff bin Othman - 5th Kota Bharu Penerima terakhir Sijil Queen’s Scout pada tahun 1957 ialah:- 1. Ahmad bin Haji Ishak - 1st Kota Bharu 2. Shaari bin Said - 5th Kota Bharu 3. Nik Ab. Adel bin Nik Abdullah - 1st Kota Bharu Dari tahun 1950 sehingga ke tahun 1957 2 jenis sijil dikeluarkan oleh Imperial Brittish Headquater di London iaitu :- 1. Sijil King’s Scout - semasa pemerintahan King George IV sehingga tahun 1950. 2. Sijil Queen’s Scout - semasa pemerintahan Queen Elezabeth dari tahun 1951 sehingga tahun 1957 apabila Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan. Pemimpin-pemimpin bertanggungjawab bagi kejayaan pengakap-pengakap tersebut adalah:- 1. SM. Abdullah bin Sani. 2. SM. Bapoo bin Hashim 3. SM. Ab. Kader Bakty 4. SM. Rahmat bin Husin 5. SM. Ab. Rahman bin Salleh 6. SM Ismail bin Sulaiman Manakala Pesuruhjaya bagi Kelantan (pada ketika itu Kelantan adalah merupakan sebuah daerah dari cawangan Persekutuan Daerah Budak Pengakap bagi Malaya) ialah Tengku Ahmad Panglima. Era selepas merdeka, kumpulan 1st Kota Bharu dan 5th Kota Bharu dari Sekolah Sultan Ismail College mengatasi lain-lain kumpulan pengakap di Kota Bharu khasnya dan Kelantan amnya.Setelah Malaysia merdeka pada 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu, mengubal undang-undang dan peraturan yang dikenali sebagai polisi, pertubuhan dan peraturan (Policy Organisation and Rules (P.O.R.) dan sekali gus Imperial British tidak lagi menguasai Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu. Selaras dengan itu Sijil Queen’s Scout dikenali sebagai Sijil Pengakap Raja dan kumpulan pertama yang menerima Sijil Pengakap Raja pada tahun 1958 ialah:- 1. Ab. Razak bin Ismail -1st Kota Bharu 2. Mohamad Zaman Khas -1st Kota Bharu 3. Ab. Rahman bin Ab. Rahim -5th Kota Bharu 4. Ismail bin Hassan -5th Kota Bharu 5. Abdullah bin Ab. Rahman -5th Kota Bharu 6. Mohamad bin Haji Muda -5th Kota Bharu 7. Mohd Nawawi bin Haji Sulaiman -1st Kota Bharu 8. Mustapha bin Haji Mahmood -1st Kota Bharu 9. Nik Salleh bin Nik Yahya -1st Kota Bharu Pada tahun 1960, kumpulan 10 Kota Bharu dari Sekolah Menengah Inggeris Islah muncul sebagai sekolah kedua, selepas SIC dapat mengeluarkan Pengakap Raja. Penerima pada tahun tersebut ialah:- 1. Richard Ernest Ritchie -1st Kota Bharu 2. Sulaiman bin Haji Nor -10 Kota Bharu 3. Nik Ab. Malik bin Jalil -10 Kota Bharu 4. Nik Abdullah bin Nik Mahmud -10 Kota Bharu 5. Nik Mohd Arifin bin Nik Jaafar -10 Kota Bharu Pada tahun 1961, bertambah sebuah lagi kumpulan 17 Kota Bharu iaitu sekolah menengah Chung Hwa seramai 2 orang bersama-sama dengan lain-lain penerima seperti berikut:- 1. Ab. Rahim bin Abdullah -1st Kota Bharu 2. Aman bin Yusoff -1st Kota Bharu 3. Baharudin bin Arshak -5th Kota Bharu 4. Mustapha bin Yaacob -5th Kota Bharu 5. Ab. Manaf bin Chik -10th Kota Bharu 6. Ab. Rahim bin Hassan -10th Kota Bharu 7. Ismail bin Salleh -10th Kota Bharu 8. Ramlee bin Mohd Salleh -10th Kota Bharu 9. Chong Beng Cheung -17th Kota Bharu 10. Song Yang How -17th Kota Bharu Pada tahun 1962, hanya 2 orang sahaja yang berjaya menerima sijil Pengakap Raja, kedua-duanya dari kumpulan 10 Kota Bharu, Sekolah Menengah Inggeris Islah. 1. Wan Mohamad bin Wan Ab. Rahman -10th Kota Bharu 2. Yusoff bin Idris -10th Kota Bharu Penerima dalam tahun 1964
Tahun 1965, sebuah lagi kumpulan luar dari Kota Bharu, iaitu kumpulan 17 Pasir Mas dari Sekolah Menengah Sultan Ibrahim, Pasir Mas dapat mengeluarkan seorang Pengakap Raja dan tahun ini juga seramai 15 orang dapat menerima Sijil Pengakap Raja. 1. Ab. Halim O.K.O. Merican -1st Kota Bharu 2. Nik Idris bin Nik Yusoff -1st Kota Bharu 3. Lee Kok tee -1st Kota Bharu 4. Ashaari bin Mohammad -1st Kota Bharu 5. Arifin bin Pawan Chik -5th Kota Bharu 6. Tg. Yunus bin Tg. Ismail -5th Kota Bharu 7. Nik Ahmad fathil bin Nik Mustapha -5th Kota Bharu 8. Wan Ahmad bin Wan Shafie -5th Kota Bharu 9. Ab. Razak bin Hussin -5th Kota Bharu 10. Mohd Sallehuddin bin Ab. Ghani -5th Kota Bharu 11. Nik Ali bin Nik Salleh -10th Kota Bharu 12. Mohd Anwar bin Ab. Rahman -10th Kota Bharu 13. Wan Yaakob bin Wan Hassan -10th Kota Bharu 14. Mohd Hashim bin Muhammad -10th Kota Bharu 15. Lau King Lian -17th Pasir Mas Pada tahun 1966, penerimanya adalah terdiri daripada pengakap-pengakap di kumpulan 1st dan 5th Kota Bharu, Sultan Ismail College (SK). Mereka ialah:- 1. Syed Mahadi bin Syed Jaafar -1st Kota Bharu 2. Nik Mohd Nasri bin Nik Ismail -1st Kota Bharu 3. Mohd Nawi bin Isa -1st Kota Bharu 4. Mohd Al Junid bin Ab. Ghani -1st Kota Bharu 5. Ab. Rahim bin Bongsu -1st Kota Bharu 6. Nik Razley bin Nik Ab. Ab. Kadir -1st Kota Bharu 7. Tg. Kamaruddin bin Tg. Ab. Rahman -5th Kota Bharu 8. Tg. Ab. Aziz bin Tg. Zainal -5th Kota Bharu 9. Mehar Singh -5th Kota Bharu 10. Jaafar bin Md. Zain -5th Kota Bharu 11. Nik Mohd Idris bin Nik Yahaya -5th Kota Bharu Manakala tahun 1967 penerimanya terdiri dari kumpulan 10 Kota Bharu Sekolah Inggeris Islah. 1. Tengku Nazaruddin bin Tg. Salleh -10th Kota Bharu 2. Tengku Nasir bin Tg. Salleh -10th Kota Bharu 3. Yusoff bin Awang -10th Kota Bharu 4. Mohamad bin Hassan -10th Kota Bharu 5. Ab. Rahim bin Mahmood -10th Kota Bharu 6. Nik Ghazi bin Nik Hussain -10th Kota Bharu 7. Mustapha bin Hamzah -10th Kota Bharu 8. Ab. Halim bin Ahmad -10th Kota Bharu 9. Eyat Tan Kuay @ Juan Jadin -10th Kota Bharu Tahun 1969, sebanyak 4 kumpulan yang terdiri daripada 1st, 2nd, dan 17th Pasir Mas dapat mengeluarkan Pengakap Raja. Penerimanya ialah:- 1. Azmi bin Salleh -1st Kota Bharu 2. Abdullah bin Idris -1st Kota Bharu 3. Nik Rosli bin Nik Mahmood -1st Kota Bharu 4. Mohd Aziz bin Mahmood -5th Kota Bharu 5. Chong Chow Kar -17th Pasir Mas 6. Yusoff Fathil bin Haji Idris -5th Kota Bharu Daripada tahun 1958 hingga 1969, iaitu selepas merdeka, hanya beberapa buah kumpulan /sekolah yang tertentu sahaja dari Kota Bharu dan Pasir Mas, di mana ianya terdapat beberapa orang pemimpin yang terlatih. Di Kota Bharu terdapat Sekolah Sultan Ismail College, yang mana terdapar pemimpin-pemimpin yang terlatih dan pengalaman ketika itu, seperti Encik Ab. Aziz Din, Encik Abdullah bin Sani, Encik Bapoo bin Hashim dan Encik Hassan bin Amin dan Sekolah Inggeris Islah terdapat Encik Mohin Omar dan Encik Wan Ab. Razak. Pentaraf ketika itu terdiri daripada:- 1. Encik Ab. Kadir Bakty 2. Encik Bapoo bin Hashim 3. Encik Ab. Rahman bin Salleh 4. Encik Ismail bin Sulaiman 5. Encik Abdullah bin sani 6. Encik Aziz bin Din Ab. Kadir Bakty (dikenali sebagai Pak Dir) merupakan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan yang pertama selepas merdeka Penerimaan Sijil KING’S SCOUTS
Penerimaan SIJIL QUEEN’S SCOUTS
Penerima SIJIL PENGAKAP RAJA
Pentaraf-Pentaraf ketika itu ialah:- 1. Encik Bapoo bin Hashim 2. Encik Mohd Noor bin Abdullah 3. Cikgu Ab. Rahman bin salleh 4. Encik Ismail bin Sulaiman Pada tahun 1970 hingga 1980 hanya 1 orang sahaja yang berjaya menerima anugerah sijil Pengakap Raja iaitu Encik Shaikh Fadillah bin Shaikh Harun pada tahun 1974 dari Sekolah Menengah Lemal, Pasir Mas. ( kini dilantik sebagai Pesuruhjaya Negeri Kelantan pada 1 Appril 2009 ) Pada masa yang sama, untuk penyelarasan dan keseragaman cara mentaraf Pengakap Raja, satu kursus pentarafan bagi pentaraf-pentaraf Pengakap Raja seluruh Malaysia bagi kali yang pertama telah diadakan pada tahun awal 70an di Kem Semangat Sardon Jubir, Cheras, Kuala Lumpur. Kursus ini diketuai oleh Encik Ab. Kadir Bakty, SC Kelantan. Peserta dari Kelantan yang menyertai kursus pentarafan ini adalah:- 1. Encik Yusoff bin Isa 2. Encik Mokhtar bin Idris 3. Encik Sidek bin Ismail 4. Encik Wan Abdullah bin Wan Mahmood Dari tahun 1970 hingga 1973 dan 1975 hingga 1980, selama 9 tahun tidak ada penerima Sijil Pengakap Raja dari Negeri Kelantan. Bagi mengatasi masalah ini satu seminar dan bengkel “KE ARAH PENINGKATAN PENGAKAP RAJA” bagi tahun 1980. Antara rumusan yang diambil ialah:- 1. Setiap daerah hendaklah mengenalpasti mereka yang berpotensi dan membantu membuat perancangan dan latihan. 2. Majlis Pengakap Negeri Kelantan akan memeberi sumbangan/saguhati kepada yang berjaya. Hasil dari seminar/bengkel tersbut, setiap daerah telah membuat perancangan dan pelan tindakan selama tiga tahun dan pada tahun 1983 selepas 13 tahun menyepi seramai 5 orang dari daerah Pasir Mas dapat menerima Sijil Pengakap dan seterusnya sebagaimana berikut:-
Pada tahun 1984, seorang pengakap perempuan dari SM Mahmood Mahyiddin berjaya menerima Sijil Pengakap Raja. Ini merupakan pengakap perempuan yang pertama menerima anugerah tersebut
Hasil daripada seminar dan bengkel ke arah peningkatan pengakap Raja, dalam tahun 80-an daerah-daerah selain dari Kota Bharu telah menunjukkan kemajuan dalam menghasilkan Pengakap Raja. Kota Bharu pula, bagi kumpulan elit dalam tahun-tahun 50-an, 60-an dan 70-an telah tiada lagi menghasilkan Pengakap Raja.
Tiga kumpulan Pengakap yang terkenal pada tahun 50-an hingga 60-an iaitu:- 1st Kota Bharu - Sultan Ismail College – SIC Maktab Sultan Ismail – MSI 5th Kota Bharu - Sultan Ismail College – SIC Maktab Sultan Ismail 10th Kota Bharu - Islah English School sebuah sekolah swasta ditutup pada tahun 1975. tidak lagi menghasilkan Pengakap Raja dalam tahun 80-an dan 90-an. Dalam tahun 1984, seramai 6 orang pemimpin /jurulatih telah menghadiri kursus pentarafan bagi Pengakap Raja yang diadakan pada 7 – 9 Disember 1984 bertempat di Kem Sardon Jubir, Cheras, Selangor. Mereka ialah:- 1. Encik Mahamood bin Muhamed - Kota Bharu 2. Encik Arifin bin Sulong - Machang 3. Encik Mohd Adnan bin Hassan Nordin - Machang 4. Encik Hussin bin Mat Hassan - Kuala Krai 5. Encik Wan Abdullah bin Wan Mahmood - Tumpat 6. Encik Hassan bin Mohd Yasin - Tumpat Seramai 3 orang pemimpin/jurulatih telah mengikuti kursus pentarafan bagi pentaraf Pengakap Raja peringkat kebangsaan tahun 1991. Mereka ialah:- 1. Encik Nawi bin Othman 2. Encik Mohd Hanif bin Ali 3. Encik Mohd Nawawi bin Haji Sulaiman Dalam tahun tiga orang pemimpin / jurulatih menghadiri kursus pentarafan bagi pentaraf Pengakap raja peringkat kebangsaan pada tahun 1992. Mereka ialah:- 1. Wan Hassan bin Wan Ahmad 2. Nik Mohamad Arifin bin Wan Othman 3. Zahari bin Ismail Pada tahun 1994, seramai tiga orang pemimpin/jurulatih menghadiri kursus pentarafan bagi pentaraf Pengakap Raja peringkat kebangsaan di Kem Sardon Jubir, Cheras, Selangor. Mereka ialah :- 1. Encik Shapri bin Ab. Llah 2. Encik Mohd Rusli bin Awang mat 3. Encik Rafie @ Rafiei bin Mohamad Pada tahun 1998, buat pertama kali kursus pentarafan diadakan kursus pentarafan diadakan di peringkat zon. Bagi zon timur yang terdiri dari Pahang,Terengganu dan Kelantan telah mengadakan kursus tersebut pada 7 – 9 1998 bertempat Pusat Kokurikulum JPN Terengganu Kuala Berang, Terengganu. PPM Negeri Kelantan telah menghantar seramai 5 orang pemimpin ke kursus tersebut yang terdiri daripada:- 1. Tuan Haji Ab. Halim bin Ahmad - PD Kota Bharu 2. Encik Mohd Nor bin Haji Merah - Pen. PD Kota Bharu 3. Encik Mohd Anuar bin Ab. Rahman - Pen. PD Kota Bharu 4. Tuan Syed Omar bin Tuan Besar - Pen. PD Kota Bharu 5. Encik Ahmad bin Hashim - Pen. PD Machang Pada tahun ini juga 1998, satu lagi kursus telah diadakan pada 9 – 11 Oktober 1998 di Kem Pengakap Puan Tan Chay Yan Bukit Katil, Melaka. Pemimpin dari PPN Negeri Kelantan yang mnehadiri kursus ini ialah:- 1. Encik Dollah bin Awang Kechik - Pen. PD Machang 2. Encik Yaakob bin Haji Sulaiman - Pen. PD Machang 3. Encik Wan Saffei bin Wan Ab. Rahman - Pen. PD Kota Bharu Pada tahun 1998, Jawatankuasa Kecil Kewangan dan Pegawai Majlis Pengakap Negeri Kelantan telah menerima dan meluluskan satu dasar kewangan yang dikenali dasar perbelanjaan berhemat. Garis panduan dasar ini ialah pengurusan dan perbelanjaan dibahagikan kepada:- 1. 70% untuk Pentadbiran & Pengurusan. 2. 20% untuk Latihan 3. 10% untuk Pelaburan Dengan ini jelas, Pasukan Latihan Negeri hendaklah menyedia, merancang dan melaksanakan program-program untuk memajukan dan meningkat prestasi budak-budak dan pemimpin melalui kursus-kursus dan latihan. Bagi memantapkan program ke arah pencapaian bagi Pengakap Raja bagi Pengakap Muda dan Remaja serta Anugerah Pesruhjaya Pengakap Negeri (Rambu Pengakap Kanak-Kanak), Pasukan Latihan Negeri telah merancang siri kursus berterusan bermula dari Pengakap Remaja dalam tingkatan empat dan lima berakhir dengan Pentarafan Pengakap Raja. Ini telah bermula pada tahun 1989 dan pada tahun 1990 seramai 84 orang layak memasuki pentarafan yang berjaya hanya 14 yang berjaya menerima Sijil Pengakap Raja. Jadual penerima adalah sepertimana berikut:-
Tahun 1993 merupakan tahun yang bersejarah di mana sebuah kumpulan pengakap dari sekolah Yayasan Islam Kelantan, iaitu SMU(A) Maahad Muhammadi (L), dapat menghasilkan seorang Pengakap Raja.Juga dalam tahun 1993 ini, Pengakap Negeri Kelantan telah mengadakan smeinar dan bengkel bagi Jurulatih yang bertujuan memantapkan lagi cara dan kaedah sistem latihan kepengakapan hari ini.
Pada tahun 1990, seramai 14 orang menerima Sijil Pengakap Raja dari empat daerah iaitu Tumpat, Pasir Puteh, Bachok dan Kota Bharu.Bachok adalah merupakan daerah yang baru menghasilkan Pengakap Raja dan penerimanya adalah seorang dari sekolah menengah Arab.Pada tahun 1991, sebuah lagi daerah batu iaitu Tanah Merah dapat mengeluarkan dua orang Pengakap Raja.Sekali lagi dalam tahun 2004, kursus pentarafan bagi pentaraf-pentaraf zon timur telah diadakan pada 24 – 27 Jun 2004 bertepat di Peladang Agro Resort Setiu, Terengganu. Seramai 31 orang pemimpin / jurulatih menyertai kursus ini. Peserta dari PPM Negeri Kelantan ialah:- 1. Encik Zulkifli bin Mat Ail 2. Encik Shahimi in Mohamad 3. Encik Wan Norhasni bin Wan Isa 4. Encik Ahmad bin Ibrahim 5. Puan Zainah binti Omar 6. Encik Mohd Rafiai bin Haji Seman Dengan ini, PPM Negeri Kelantan mempunyai seramai 19 orang pentaraf yang telah ditauliahkan. Walau bagaimanapun ini adalah jauh dari mencukupi kerana ada beberapa daerah yang tidak menpunyai pentaraf yang bertauliah. Senarai pentaraf yang bertauliah adalah:- 1. Ibu Pejabat 1.1 Tuan Haji Nawi bin Haji Othman. 1.2 Tuan Haji Mohd Hani bin Ali 1.3 Tuan Shaikh Fadillah bin Shaikh Harun. 1.4 Tuan Haji Ariffin bin Haji Sulong 1.5 Tuan Haji Hussain bin Mat Hassan 1.6 Encik Abdullah bin Ishak 2. Kota Bharu 2.1 Tuan Haji Rafie bin Mohamad 2.2 Encik Mohd Nor bin Haji Merah 2.3 Tuan Syed Omar bin Tuan Besar 2.4 Encik Mohd Anwar bin Ab. Rahman 3. Tumpat 3.1 Encik Zulkifli bin Mat Ail 3.2 Encik Shahimi bin Mohamad 3.3 Puan Zainah binti Omar 4. Pasir Mas 4.1 Tiada 5. Tanah Merah Tiada 6. Jeli 6.1 Encik Muhammad Rafiai bin Haji Seman 7. Machang 7.1 Encik Dollah bin Awang Kechik 7.2 Encik Yaakob bin Haji Sulaiman 7.3 Tuan Haji Ahmad bin Hashim 7.4 Encik Nilman bin Haji Othman 8. Kuala Krai Tiada 9. Gua Musang Tiada 10. Pasir Puteh 10.1 Encik wan Norhasni bin Wan Isa 10.2 Encik Mohd Rusli bin Awang Mat 10.3 Encik Ahmad bin Ibrahim 11. Bachok Tiada
|
|
|