|
JOTA
JOTI ASIA PASIFIC REGION 2010
akan diadakan di Kem Kijang pada 7 hingga 8
Ogos 2010, Sasaran kepada Pengakap Remaja PR1 / PR2 ( berumur16 dan 17
tahun ), ahli Kelana, Pemimpin dan Penolong Pemimpin.

Mesyuarat One Land Scouts Jamboree
Seramai 34 orang pegawai termasuk Ketua
Pesuhjaya Pengakap Negara YBhg. Dato' Haji Kaharudin bin Mokmin, Ketua
Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan YBhg. Shaikh Fadillah bin Shaikh
Harun, Penolong-penolong Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Ibupejabat
Negeri dan Pegawai-pegawai kerajaan seperti Pejabat Pelajaran Kelantan,
JPP, JBS, Jabatan Imigresen, PDRM, MPKB, IPKB, Jabatan Kastam, Jabatan
Keselamatan Dalam Negeri, Jabatan Kesihatan, Komander Briged Ke 8,
Jabatan Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Negeri, Jabatan Penyiaran, TNB,
dan Air Kelantan telah menghadiri mesyuarat yang di pengerusi oleh YB
Dato' Haji Aiseri bin Haji Alias, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
merangkap Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri Kelantan. Pada 3.00
petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama , Pejabat Setiausaha Kerajaan
Kota Darulnaim.

Jambori Pengakap 1
Malaysia Di Wetland, Putrajaya
160 peserta dan 20 orang pegawai
telah mewakili Kontinjen Negeri Kelantan dan menghadiri Jambori Pengakap
1 Malaysia yang diadakan di Taman Wetland , Putrajaya . Kesemua
peserta dan pegawai berkumpul dan menginap di Kem Kijang pada 12 Mei
2010, mereka diberi taklimat oleh ENCIK MOHD RUSLI BIN AWANG MAT Ketua
Penolong Pesuruhjaya selaku Ketua Kontinjen pada kali ini.

MAJLIS
MAKAN MALAM 1 PENGAKAP 1 MALAYSIA Seramai 300 orang pegawai dan ahli
Kelana dari seluruh Negeri Kelantan termasuk 25 orang jemputan ahli
Pengakap dari Selatan Thailand menghadiri Majlis Makan Malam 1 Pengakap
1 Malaysia semperna pelantikan dan penyampaian Watikah Pesuruhjaya
Kehormat Persekutuan Pengakap Negeri Kelantan kepada : YB. Dato' Sri
Mustapa Bin Mohamed ( Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan
Industri Malaysia ) di Grand BAllroom, Hotel Renaissance, Kota Bharu,
Kelantan. Pada 10 April 2010 Jam 9.00 Malam. Dalam Majlis ini juga
di anugerahkan Jurulatih Antarabangsa ( LT ) kepada Encik Abdullah bin
Salleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tumpat dan anugerah manikayu
kepada 10 orang pegawai.

Lawatan kerja unit siber / media Persekutuan Pengakap
Malaysia Negeri Kelantan ke dua daerah iaitu Daerah Tumpat dan Daerah
Pasir Mas semperna Kursus Ketua sekawan dan Ketua Patrol pada 26 Mac
2010. Matlamat lawatan ialah mengeratkan perhubungan diantara negeri dan
daerah ( Kursusnya unit siber / media ), mempercepatkan lagi penyebaran
aktiviti kepengakapan di negeri ini.


Mesyuatrat Agung DWI Tahunan Majlis Pengakap Negeri Kelantan 2007 - 2009
Mesyuatrat Agung DWI Tahunan Majlis Pengakap Negeri
Kelantan 2007 - 2009 telah diadakan di Dewan Darulnaim, Kem Kijang Kota
Bharu pada 20 Mac 2010 pukul 10.00 pagi. Seramai 68 Orang
pegawai termasuk Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan,
Penolong-Penolong Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negeri,
Pesuruhjaya Daerah, Penolong-Penolong Pesuruhjaya Daerah dari seluruh
Negeri Kelantan hadir di Mesyuarat Agung DWI Tahunan 2007 - 2009 yang di
pengerusi oleh Ybhg. Dato' Haji Mohd Aiseri Bin Haji Alias Yang Dipertua
MPNK. Ketua Sektor dari Jabatan Kerajaan juga dijemput untuk hadir pada
mesyuarat ini.

Mesyuatrat Agung Pasukan Latihan Negeri telah diadakan pada 6 Mac
2010 di Bilik Mesyuarat Kem Kijang, Kota Bharu
Mesyuatrat Agung Pasukan Latihan
Negeri yang diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Shaikh Fadillah bin Shaikh Harun dan ahli-ahli seperti
Mohamed Rusli b. Awng Mat Ketua Penolong Pesuruhjaya Negeri, Dollah b. Awang Kechik PPN - Program, Che
Sazali b. Che Ibrahim PIPN Setiausaha Latihan, Wan
Norhasni b. Wan Isa PPN - Pentadbiran, Mohammad Rafiai b.
Hj. Seman PPN - Pembangunan, Nilman b. Hj. Othman
PPN - Antarabangsa, Haji Ahmad b. Hashim PPN - Agama
dan Moral, Haji Arifin b. Haji Sulong PPN - Pelawat
dan Keraian Rasmi, Haji Mohd Anwar b. Abd. Rahman
PIPN Koperasi Pengakap Kelantan, Haji Mohd Nor b. Haji Merah PIPN Pustazium, Haji Yusof b. Abd. Ghani
Pesuruhjaya Daerah Pasir Puteh, Haji Hussin b. Haji Hassan LT.

BENGKEL
MEMBINA DAN MENGURUS LAMAN WEB PENGAKAP DAERAH - DAERAH NEGERI KELANTAN
4 hingga 6 Mac 2010 Seramai 16 orang
penolong pesuruhjaya daerah dan pemimpin hadir di Kem Kijang pada 4
hingga 6 Mac 2010 untuk menyertai bengkel yang ulung kali diadakan di
Negeri Kelantan malah Negara Malaysia. Matlamat bengkel
ini ialah mengujubkan laman web disetiap daerah di Negeri Kelantan
supaya info, berita tentang aktiviti kepengakapan di setiap daerah dapat
dimaklumkan kepada semua ahli pengakap. Mengeratkan perhubungan diantara
setiap daerah. Melatih dan memberi peluang kepada ahli-ahli
menceburi bidang ICT. Dan lain-lain lagi.

Kursus Manikayu Peringat
1 ( Unit PM/PR Dan Unit PKK ) Diadakan di Kem Kijang pada 1
hingga 3 Mac 2010
Seramai 35 orang pemimpin dan penolong pemimpin dari
unit PM/PR dan 17 orang pemimpin dan penolong pemimpin dari unit PKK
dari seluruh Negeri Kelantan telah menyertai Kursus Manikayu Peringkat 1
yang diadakan selama 3 hari 2 malam di Kem Kijang pada 1 hingga 3 Mac
2010.

PENTARAFAN
PENGAKAP RAJA pada 04 hingga 08 / 02 / 2010
Seramai 57 orang peserta dari seluruh
negeri Kelantan telah menghadiri Pentarafan kali ini yang dijalankan di
Kem Kijang Kota Bharu, Kelantan. selama 5 hari 4 malam. Para pegawai
termasuk Tuan Shaikh Fadillah bin Shaikh Harun, En. Mohamed Rusli bin
Awang Mat, En. Dollah bin Awang Kechik, En. Zuklifli bin Mat Ail, Tuan
Hj. Mohd adnan bin Hassan Nordin, En. Nilman bin Hj Othman, En. Che
Sazali bin Che Ibrahim, En. Ahmad bin Ibrahim, En. Ruhaimi bin Mat, Puan
Maziah bt Mohamad, Puan Wan Norraini bt. Wan Othman, En. Kamaruzaman bin
Mohd Yusof, En. Saufi bin Tengah, En. Abdullah bin Saleh, En. Aduni bin
Che Omar, En. Mohamad Rafiai bin Hj. Seman, En. Mohd Zamri bin Mamat

KURSUS KEPIMPINAN
MANIKAYU (PERINGKAT PENGENALAN) 01 FEBRUARI 2010

Seramai 167 orang pemimpin dari
seluruh negeri Kelantan hadir di Kem Kijang hari ini untuk menduduki
Kursus Kepimpinan Manikayu ( peringkat pengenalan ). Tajuk kursus
termasuk 1) Tujuan & Dasar Kepengakapan. 2) Persetiaan Dan Undang-Undang
Pengakap. 3) Perkembangan Keagamaan. 4) Rekod & Dokument Kumpulan. 5)
Skim Latihan Kepimpinan. 6) Sejarah Kepengakap. 7) Pakaian Seragam
Pengakap PKK / PM / PR Dan Pemimpin.
Jurulatih termasuk : 1)
Tuan Shaikh Fadillah bin Shaikh Harun. 2) En. Mohamed
Rusli bin Awang Mat. 3) En. Che Sazali bin Che Ibrahim. 4) En.
Mohd Zamri bin Mamat. 5) En Zulklfli bin Mat Ail. 6) En. Zaini
bin Mamat. 7) Pn. Wan Noraini bt. Wan Othman. 8) En. Othman bin
Abdullah. 9) Pn. SAdira bt Mat Yusof
Anugerah Ketua
Pesuruhjaya Pengakap Negara Penilaian Rambu Pengakap Muda 27
hingga 30 Januari 2010

Seramai 71 orang peserta pengakap
muda dari seluruh negeri Kelantan hadir di Kem Kijang pada 27 hingga 30
Januari 2010 untuk penilaian rambu pengakap muda. Ujian untuk
penilaian kali ini termasuk 1) Ujian Buku Log. 2) Ujian Bertulis. 3)
Ujian Kemahiran Kepengakapan. 4) Ujian Projek Perintis. 5) Ujian
Temuduga. 6) Ujian Kawad Kaki. 7) Ujian Pertolongan Cemas. 8) Ujian
Memasak Dan Menghidang dan Ujian Persembahan Malam Kepengakapan.
32 orang peserta telah berjaya di Anugerahkan Rambu Pengakap Muda pada
kali ini.
Sekolah yang menyertai
Anugerah Rambu Muda pada kali ini adalah : 1) SMK Seri Aman. 2)
SMK Zainab 2. 3) SMK Tendong. 4) SMK Kamil. 5) SMK Cherang Ruku.
6) SMK Bukit Jawa. 7) Maahad Saniah. 9) Maahad Muhammadi L. 10)
SM Persendirian Chung Hwa. 11) SMK Sultan Yahya Petra 2. 12)
SMJK Chung Hwa. 13) SMK Kubang Krian 1
Pegawai dan Penguji kali
ini termasuk : 1) Tuan Shaikh Fadillah bin Shaikh Harun. 2) En.
Mohamed Rusli bin Awang Mat. 3) Tn. Hj. Adnan bin Hassan Nordin.
4) En. Dollah bin Awang Kechik. 5) En. Nilman bin Othman. 6)Pn.
Wan Nor Aini bt. Wan Othman. 7) En. Che Sazali bin Che Ibrahim.
8) En. Wan Nos Hasni Wan Isa. 9) En. Che Aduni bin Che Omar. 10)
Tn. Hj. Mohd Anwar bin Abd. Rahman. 11) Tn. Hj. Mohd Nor bin Hj.
Merah. 12) En. Anuar bin Hj. Mohammad Noor. 13) Pn. Maziah bt.
Muhammad. 14) En. Zamri bin Mohamad. 15) Pn. Tiun Lee Tin. 16)
Pn. Rohani bt. Ibrahim. 17) En. Yaacob Hj. Sulaiman. 18) En.
Othman Abdullah. 19) En. Gan Gim Bing.
MESYUARAT PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI KELANTAN diadakan
Pada 21 Jan 2010 Masa 3 Petang, tempat Dewan
Darulnaim, Kem Kijang.

Seramai 35 orang pegawai
termasuk Pesurujaya Pengakap Negeri, Penolong-Penolong
Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Ibu Pejabat
Negeri, dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Pengakap Daerah dari seluruh
negeri Kelantan hadir di Dewan Darulnaim Kem Kijang pada pukul
3.00 petang untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya
Pengakap Negeri Kelantan .
Mesyuarat pada kali ini
meluluskan beberapa perkara penting termasuk 1) Pengesahan
pelantikan PPN, PIPN dan Pesuruhjaya Daerah. 2)Tugas-tugas PPN,
PIPN dan Pesuruhjaya Daerah. 3) Aktiviti PPM Negeri Kelantan
tahun 2010. 4) Jambori Budaya, Padang, Indonesia. 5) Jambori
Dunia Sweden 2011. 6) Dan hal-hal lain.
Mesyuarat kali ini
berakhir dengan penyerahan Sijil Pendaftaran Koperasi Pengakap
Kelantan ( KPK ) oleh PIPN Koperasi Tuan Hj. Mohd Anwar bin Abd.
Rahman kepada Pesuruhjaya Pengakap Negeri Tuan Shaikh
Fadillah bin Shaikh Harun.
MAJLIS MAKAN MALAM JASAMU DIKENANG

Seramai 400 orang termasuk Y. Bhg.
Dato’ Seri Dr. Hj. Shafie bin Hj. Mohd Salleh Ketua
Pengakap Negara, YB. Dato' Haji Mohd Aiseri Bin Haji
Alias Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Negeri , Penolong-Penolong Pesuruhjaya
Negeri Pemimpin-Pemimpin Pengakap dan ahli-ahli termasuk dalam
negeri dan juga luar negeri telah menghadiri Majlis Makan
Malam Jasamu Dikenang yang diadakan di Hotel Grand River
View pada 9hb Ogos 2009 jam 9.00 Malam yang dianjurkan oleh
pihak Persekutuan Pengakap Negeri Kelantan dibawah naungan
Kerajaan Negeri Kelantan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KURSUS BENGKEL
PENINGKATAN PENGAKAP RAJA pada 06 hingga 09 / 08 / 2009

Seramai 40 orang pemimpin-pemimpin dari seluruh
Negeri Kelantan telah menghadiri kursus ini pada 06 hingga 09 / 08
/ 2009 yang diadakan di Kem Kijang Kota Bharu, Kelantan. Kursus yang
diadakan julung kali ini dianjurkan oleh Pihak JPN Negeri Kelantan
dengan dibantu oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Kelantan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PENUBUHAN KOPERASI
PENGAKAP KELANTAN BERHAD

Penubuhan KOPERASI PENGAKAP KELANTAN
BERHAD diadakan pada 11 Julai 2009 di Kem Kijang, Kota Bharu,
Kelantan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MESYUARAT MAJLIS
PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI KELANTAN BIL 1 / 2009

MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI
KELANTAN BIL 1 / 2009
Tarikh : 09 - 04 - 2009
Tempat : Bilik Mesuarat Kem Kijang, Kota
Bharu, Kelantan
Seramai 28 Orang termasuk Pesuruhjaya
Negeri , Penolong Pesuruhjaya Negeri dan Pesuruhjaya Ibupejabat
Negeri hadir pada mesyuarat pada pukul 3 petang . Agenda
mesyuarat kali ini adalah : a) Jawatankuasa Majlis
Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan, b) Tugas-tugas
Pesuruhjaya Pengakap, c) Aktiviti Latihan 2009, d)
Aktiviti Program 2009, e) Perhimpunan Rasaksa Sambutan
100 Tahun Kepengakapan Di Malaysia dan f) Hal-hal lain.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MAJLIS PENGANUGERAHAN
SIJIL PENGAKAP RAJA OLEH YABrs. PENGARAH PELAJARAN NEGERI
KELANTAN

Majlis Penganugerahan Sijil Pengakap Raja
Tarikh : 02 / 04 / 2009
Tempat : Kem Kijang
Seramai 39 orang Pengakap Raja
menerima Anugerah Sijil Pengakap Raja mereka dari YABrs.
Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan Tuan Haji Ghazali bin Ab. Rahman
|