|
Kawat - Asas Barisan |
|
Asas Perbarisan Kawat dan perbarisan merupakan satu aktiviti yang harus diketahui oleh semua pengakap. Kawat ialah pergerakan anggota badan seperti kaki dan tangan untuk tujuan perbarisan. Semasa dalam perbarisan, pengakap yang mengambil bahagian hendaklah melakukan pergerakan yang diarahkan secara serentak. Dengan demikian setiap hentakan kaki dan sebutan dapat di dengar dalam satu bunyi atau pun suara. Babaimanapun, sebelum pengakap dapat memahirkan diri dalam kawat atau mengambil bahagian dalam perbarisan, mereka harus tahu melakukan gerakan asas dalam kawat. Antaranya ialah sedia, senang diri, rehatkan diri, masuk baris, keluar baris, pandang depan, pusing kiri dan kanan, berjalan dan berhenti serta gerakan lain dengan betul. Untuk itu, latihan yang cukup adalah perlu. Setelah dapat menguasai gerakan-gerakan asas ini pengakap bolehlah diajar berkawat dalam barisan.
|
|
|
Sedia Senang Diri
Rehatkan Diri Pusing Ke Kanan
Pusing Ke Kiri Hadapan Lulus
Kanan Lulus Pusing Ke Belakang
|
|