Berjabat Tangan Pengakap    


                                         

                           Berjabat Dengan Tangan Kiri                                 Berjabat Dengan Tangan Kanan

                                      Di Antarabangsa                                                            Di Malaysia

 

Berjabat Tangan Pengakap

 Ahli Pengakap di seluruh dunia berjabat tangan sesama sendiri  dengan cara yang istimewa. Mereka berjabat tangan dengan menggunakan tangan kiri sebagai persaudaraan dan kepercayaan. Di sesetengah Negara termasuk Negara kita  Malaysia, menggunakan tangan kanan semasa berjabat tangan.

 Bagaimana berjabat tangan tersebut wujud ? 

Semasa Baden-Powell bertugas sebagai askar di Afrika, dia menemui ketua-keyua dan pahlawan-pahlawan yang terdiri daripada suku kaum yang membawa lembing dan perisai. Pada suatu ketika, dua suku kaum ini selalu bermusu-musuhan, meyerbu dan membunuh sesame sendiri sehingga menyebabkan banyak nyawa yang terkorban. Permusuhan yang berlanjutan itu akhirnya menemui jalan pendamai. Taktik peperangan serta keberanian yang ditonjolkan oleh pahlawan-pahlawan kedua-dua suku kaum menunjukkan kehebatan kepahlawanan masing-masing. Bila ketua salah satu kaum terserempak dengan ketua lawannya : dia memberi isyarat kepada pahlawannya supaya berundur. Ketua suku kaum tersebut kemudian menghampiri ketua kaum lawannya secara bersendirian. Ketika dia menghampiri lawannya dia menanggalkan perisai yang melindungi bahagian dadanya dari terkena senjata musuh serta membuang lembingnya. Dia pun mengangkat tangan kirinya kepada musuhnya sebagai tanda persahabatan dan kepercayaan. Tanda tersebut membawa kepada perundingan perdamaian di antara kedua-dua suku kaum yang bermusuhan. Ketua suku kaum di Afrika sekarang menerima kenyataan bahawa orang yang paling berani di antara orang berani adalah orang yang berjabat tangan dengan menggunakan tangan kiri. 

B-P menerima idea berjabat tangan ini dan menjadikannya sebagai amalan tradisi Pengakap di seluruh dunia.

 

Laman Utama